LATAR BELAKANG


Hit Counter

(Sebarang

pertanyaan rasmi

dan memerlukan jawapan

segera, sila telefon terus pegawai2

berikut berpandukan bidang tugas masing2

SAHAJA)

 

 

 

 

016-6242005 (Cik Aliza Secretary)

pertanyaan tentang program dan

tempahan tarikh program.

 

 

019-3376957 (En Fadil Facilitator)

pertanyaan tentang profile, latarbelakang

pendidikan, biodata, artikel serta buku-buku

yang dihasilkan oleh pengasas 3E

dan perihal berkaitan

website sahaja.

 

 

013-2041322 (En Razali XTC)

pertanyaan tentang SMS 33221

(yang telah dihentikan),

dan semua permasalahan

mengenainya sahaja.

 

 

 

 

 

 

THREE EXTRA TRAINING & SOLUTIONS

(A Prime Mover for Motivation)

S I N C E   2 0 0 0

A-3-36, Plaza Medan Putra, Jalan Medan Putra 6,

Medan Putra Business Centre, Bandar Menjalara,

52200 Kuala Lumpur,

MALAYSIA

 

(Our Outdoor Training Centre)

3E BIOinsaniah CAMP

MTK 38/3 (Lot 142), Jalan Sungai Mati,

Batu 2 1/4, Parit Bunga,

84000 Ledang, JOHOR

 

 

Nombor pendaftaran syarikat: 001662761-T

Nombor pendaftaran majikan di KWSP: 15964669

Berdaftar dengan Kementerian Kewangan: 357-02089265

Bank: 514 208 502 202 (Maybank Tmn Desa Jaya, Kepong)

 

www.drtuah.com; www.etuah.com

www.shop.drtuah.com

 

tel: 03-62854073

fak:  03-62735848  

e-mel: official@drtuah.com

 

http://www.facebook.com/pages/drtuah/206924016305?ref=search

 

 

 

 

 

 

  is an Educational

and Training formula

established in 2000, by a man

dedicated to

development and empowerment of mankind.
 


He is
DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj,

one of the

leading motivator specializing in motivating

people of all

walks of life from Leadership, Personality,

Team Building, Stress Management,

Training and Workshops to Educational

and Psychology

Treatment. He inculcates values and

brings fundamental transformation

in the lives of people,

both locally and globally.


 His

research

studies are on Human

Behaviour

and Psychology. A prolific

writer who has been writing 95 books

on various topics, besides

being a columnist for 18

magazines

since 2001.

 

 

 

 

 

His great

achievement in writing is

being recognized and was awarded The

Outstanding

People of the 20th

from International Biographical Centre,

England in 1999.



  A Prime Mover for Motivation,   

motto's,

acts as catalyst for personal

and professional growth

that leads to

improve individual and team performance

along with the individual and

companies ability to meet their

goals and

objectives.


 

 

 


 programmes

are specifically

designed to develop practical

aptitudes and attitudes that

bridge the gap between

theory and reality. Training

workshops are designed to meet specific needs of the

client; motivating participants to overcome

self-imposed limitations,

building the attitude of

"CAN I?" to "I CAN!"

 

 

 


By unique design,  

focused

programmes

positively challenge participants to learn,

to change

and to breakthrough. This transformation

enables

them; their teams

and their organizations to achieve

desired results.

The results of training are a renewed positive

attitude and motivation coupled with practical

skills and

tools to impact personal and

organization's

results.

 

 



 formula

has proven itself to

be a very powerful

and an effective educational and training

tool for both

 individuals and corporate bodies.

 

 

 


The founder

is a well-known figure,

DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj,

the only Muslim / Malay

motivator / writer / columnist / novelist / juruam * whose

achievements are recorded in the Malaysia

Book of Records.

 

*Juruam = generalist, a versatile person, very

knowledgeable - Besta Electronic Dictionary

 

 

 


Let him

help you to

"bridge the gap between

what you are and what

you could be."

 

 

 

 

is an

EXCELLENT

formula to make you more

EFFECTIVE

in an

ENTERTAINING

way

 

 

 

 

 

 

 

stand for

 

Extra MIND

Kaedah menggunakan

minda dan otak dengan kepelbagaian

cara fikir supaya anda berada pada

tahap hebat sekali.

 

 

 

Extra MILD

Kaedah pengawalan

emosi untuk mendapat ketenangan

dan kebijaksanaan serta kebahagiaan

mutlak dalam kehidupan yang

penuh mencabar.

 

 

 

Extra MILE

Kaedah memperalatkan

keseluruhan diri untuk kesihatan dan

stamina luar biasa

bagus.

 

 

 

 

DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

is a life member of

 

  

British Graduate Association Malaysia

www.bgam.org.my

 

American Universities Alumni Malaysia

www.auam.org.my

 

 

 

 

 

 

 

DR. TUAH ISKANDAR al-Haj  atau nama sebenarnya TUAH FADILAH ITHNIN, anak ke-9 dari sepuluh beradik, dilahirkan di Muar, Johor pada tahun 1960. Ayah beliau seorang yang sangat dihormati semasa hayatnya kerana merupakan seorang yang sangat kaya. Para pekedai cina di pekan kelahirannya memanggil beliau ‘taukey’. Sehingga kini setiap kali drtuah pulang ke kampung, para pekedai cina masih memanggilnya anak taukey.

Bagaimanapun, suatu hari ayah beliau telah ‘pergi’. Ketika itu drtuah berusia 7 tahun. Ini bermakna beliau dibesarkan oleh seorang 'ibu tinggal' yang serba kekurangan. Pada masa inilah, beliau mula membina imaginasi cemerlang untuk keluar dari semua yang mengikat kecenderungan dan keterbilangannya.

Ibu beliau Hajjah Mariam binti Haji Noor, telah dianugerahkan "Anugerah Ibu Tunggal Cemerlang" pada 19 Disember 2002. Anugerah itu disampaikan oleh Menteri Besar Johor dalam satu majlis gilang gemilang di Johor Bahru.

Bersekolah awal di Sekolah Rendah Inggeris Sungai Raya sehingga darjah 6, kecemerlangan beliau dalam Peperiksaan Penilaian Darjah 5 membolehkan beliau diterima bersekolah di High School Muar. Selesai LCE, beliau menyambung pelajaran di sekolah yang sama dalam aliran sains.

Sementara menunggu keputusan MCE, drtuah bergiat cergas dalam pergerakan pengakap yang telah dianggotainya sejak di bangku sekolah. Melalui Pergerakan Pengakap Kelana beliau memimpin pergerakan pengakap di beberapa sekolah di sekitar daerah Muar secara sukarela. Beliau juga mula menulis untuk Utusan Pelajar dan menghasilkan skrip drama radio untuk Radio Johor. Pendapatan yang beliau perolehi hasil penulisan ini baginya cukup lumayan.

Bagaimanapun, pada suatu hari beliau ditawarkan bekerja di sebuah syarikat garment di Batu Pahat. Beliau berfikir apa salahnya sekadar mencari pengalaman. Jawatan pertama yang diberikan kepada beliau ialah tracer tetapi kira-kira setahun kemudian, beliau telah diberi kepercayaan menghasilkan design sendiri untuk dinilai pelanggan yang berpusat di Amerika Syarikat. Ini suatu kejayaan paling besar baginya.

Ibu memberitahunya, moyang-moyang keturunannya adalah ketua orang alim dari seberang dan mereka semua adalah golongan yang amat dihormati serta berkebolehan menghasilkan kitab-kitab agama.

Pada tahun 1978, beliau telah ditawarkan berkhidmat sebagai pemberita kadet di Bernama Melaka di bawah Ketua Biro Baharuddin Latiff, antara wartawan terbaik Bernama pada waktu itu. Baharuddin Latiff telah mendidik drtuah dengan cara yang amat keras dan ekstrim sekali. Ini cepat mendewasakannya. Semua  cabaran semakin menjadikannya lebih matang daripada usianya yang sebenar. Beliau berusaha menggunakan seluruh potensi diri dan imaginasi cemerlang untuk melakukan yang terbaik. Sehinggakan pada waktu itu Biro Bernama Melaka terkenal dengan berita-berita eksklusif yang ditulis oleh drtuah.

Setahun kemudian, kebolehan, bakat serta semangat besar yang berada dalam diri beliau telah terkesan oleh Prof Datuk Dr. Abdul Latif Bakar, ketika itu pensyarah Universiti Malaya dan juga Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Husin. Melalui kedua-duanya beliau ditawarkan untuk berkhidmat di Sarawak di bawah Gabenor Sarawak pada waktu itu, Tun Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Ya’kub.

Tanpa banyak kerenah drtuah menyahut cabaran ini. Bermulalah hidupnya sebagai seorang wartawan politik untuk akhbar Sinar Sarawak, milik Parti Bersatu Sarawak, parti memerintah di bawah pimpinan Tun Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Ya’kub dan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abdul Taib Mahmud. Kemudahan untuk menuntut ilmu terbuka di sini, digunakan sebaik-baiknya oleh drtuah. Pada masa inilah beliau mendaftar sebagai pelajar eksternal di Trans-World Tutorial College, Jersey, Britain, dalam bidang "Journalism & Professional Writing" dan lulus pada tahun 1985 (sila rujuk “Tinggal Dulu Isle” terbitan Dewan Bahasa & Pustaka dan “Original” terbitan Alaf21 Sdn Bhd). Sebelum itu beliau pernah ditawarkan belajar di Pacific University, Australia tetapi pihak Angkatan Nahdatul Islam Bersatu Sarawak (BINA) tidak meluluskan permohonan biasiswanya pada saat akhir kerana beliau bukan anak jati Sarawak dan juga baru sahaja berkhidmat.

Setahun kemudian, dengan prestasi yang amat cemerlang yang mampu dibuktikannya itu, drtuah telah dilantik menjadi editor sekali gus pengurus Sinar Sarawak. Ini sesungguhnya suatu pencapaian yang memeranjatkan.

Bagaimanapun, pada tahun 1986, apabila berlaku krisis politik di Sarawak drtuah turut mengalami tempiasnya. Beliau kembali ke Semenanjung dan berkhidmat dengan KKSB hingga tahun 2006. Sepanjang berkhidmat di Sarawak beliau berpeluang keluar negara dan kesempatan ini digunakan untuk menimba sebanyak-banyak ilmu. Dalam tempoh ini jugalah beliau menyambung pengajian dalam "Media Studies" secara eksternal di Brandtridge University, Amerika Syarikat. Bagaimanapun, universiti ini menghadapi masalah. Beliau mendaftar pula di Trinity University di Delaware, Amerika Syarikat dalam bidang yang sama tetapi dinasihatkan oleh pihak universiti supaya menukar kepada "Mass Communication" pada tahap MA. Ini menjadi mungkin sebab ujian khas yang diberikan oleh pihak universiti serta latarbelakang pekerjaan serta hasil-hasil tulisan yang dihasilkan boleh ditukar menjadi kredit. Beliau didapati melepasi kelayakan minimum yang ditetapkan. Tesis yang dihasilkan beliau berjudul, “The Other Thought of Journalism – A Study of Analysing to the Coventional Paradigm” sesi 96/97.

Beliau telah menjadi ahli seumur hidup British Graduate Association Malaysia (BGAM) dan American Universities Alumni Malaysia (AUAM) pada tahun 1993.

Rapatnya hubungan drtuah dengan Tun Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Ya'kub hingga drtuah dapat menulis biografi beliau. Biografi itu kemudian diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dengan judul "Abdul Rahman Ya'kub - Kancil Sarawak".

Pada tahun 1986, drtuah berkahwin dengan seorang gadis keturunan Arab Yamen, sehingga kini dikurniakan empat orang anak. Pada tahun 1996, beliau berangkat ke Makkah menunaikan fardhu haji.

Semangat suka belajar dan menimba ilmu sebanyak-banyaknya ini jelas pada diri drtuah. Semasa di Semenanjung itu juga, beliau mendaftar di Universiti Malaya mengikuti pengajian awam dalam bidang Syariah hingga selesai. Dalam tempoh ini jugalah beliau semakin aktif menulis buku  agama, novel, ilmiah, remaja dan kanak-kanak.

Salah sebuah buku ilmiah beliau yang paling penting ialah “Mengislamisasikan Komunikasi Warta” diterbitkan oleh Bahagian Pengajian Tinggi, Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1997.  Di samping itu beliau banyak menyertai peraduan penulisan dan memenangi banyak anugerah. Kerajaan Negeri Johor sahaja melalui Anugerah Darul Takzim telah menganugerahkan beliau empat anugerah di mana tiga daripadanya diraih secara berturut-turut. Pada tahun 1992 pula, beliau memenangi Hadiah Buku Terbaik Kebangsaan, satu penilaian tertinggi terhadap keupayaan berkaryanya.

Dalam tempoh ini drtuah diterima mengajar di UiTM Shah Alam sebagai pensyarah/jurulatih sambilan di Unit Kebudayaan dan kekal di situ selama hampir 10 tahun.

Pada penghujung 1999, beliau mula mendaftar di Ansted University, British Virigin Island untuk menyambung pengajian secara eksternal pada peringat Ph.D dalam bidang "Mass Communications and Letters" dengan tesis berjudul “Great Imagination – Utilizing the High Powerd Forces Within” dan lulus pada tahun 2001.

Sejak itu, beliau mendaftar pula di Universidad Empresarial de Costa Rica, (www.unem.edu) untuk pengajian dalam bidang "Social Sciences" pada tahap Ph.D dan bakal lulus awal 2010 nanti.

Penglibatan yang sangat aktif dan bermakna pada peringkat antarabangsa juga telah menyebabkan beliau dianugerahi anugerah paling berprestij peringkat dunia ketika melangkah ke abad 21 dahulu. Anugerah itu dipanggil “The Outstanding People of the 20th Century Award” dari The International Biographical Centre yang berpusat di United Kingdom. Ekoran dari sini, The American Biographical Institute, Amerika Syarikat pula menganugerahkan beliau “Award of Accomplishment 2000”. Anugerah-anugerah ini diraih hasil dari peranan yang dimainkan oleh Ansted Foundation pada peringkat global.

Ketika beliau belum dikenali di tanah air, dunia telah mengenali beliau atas penglibatan-penglibatan serupa ini.

Di samping itu ada pelbagai lagi anugerah yang berjaya beliau raih sehingga direkodkan dalam Malaysia Book of Records edisi milenium sebagai orang pertama menghasilkan "Bitaqah Yaumiyah", lantas menjadikan beliau satu-satunya motivator Melayu/Muslim yang tersenarai dalam rekod berkenaan.

Sebelum itu, kerajaan Malaysia telah menganugerahkan beliau Anugerah Belia Negara. Anugerah ini telah disampaikan oleh Perdana Menteri pada masa itu, Tun Dr. Mahathir Mohamed dalam suatu majlis gilang gemilang sempena Hari Belia Negara di Stadium Tertutup Bukit Jalil pada tahun 1999. Dalam tempoh antara 1982 hingga 2002, beliau telah menjelajah 12 buah negara dalam misi mengembara secara solo iaitu negara-negara Amerika, Kanada, China, Perancis, Britain, Belgium, Netherlands, Jerman, Switzerland, Arab Saudi, Indonesia dan Thailand. Sebahagian kecil daripada kos misi pengembaraan ini dibiayai oleh Kementerian Belia dan Sukan.

Bagaimanakah beliau melakukan kesemuanya ini? Di sinilah uniknya Formula 3E yang beliau lahirkan. Formula ini bertitik tolak dari kesan kehidupan sewaktu kecil serta cabaran-cabaran yang ditempuh pada alam remaja dan dewasa, menyebabkan beliau membina imaginasi cemerlang serta hidup berteraskan tiga konsep lebihan iaitu minda, ketenangan dan stamina atau apa yang dikenali sebagai 3E (Extra Mind, Extra Mild dan Extra Mile). Rupa-rupanya apabila masa berlalu dengan terpaksa melalui kehidupan yang agak dramatik serta pelbagai pula sifatnya itu, semakin membesar dan mengembangkan formula ini dalam diri beliau, akhirnya benar-benar terserlah melalui pencapaian-pencapaian yang mampu dibuktikannya itu.

Di sinilah satu lagi keistimewaan drtuah iaitu beliau merangka sendiri teras formula motivasinya, beliau merealitikannya hingga terbukti berkesan sebelum mengajarkannya pula pada orang lain. Dalam kata lain, semua pencapaian beliau adalah bukti pada berkesannya Formula 3E dalam membangunkan ‘gergasi’ yang sedang tidur dalam diri setiap orang. Tidak hairan motivasi drtuah begitu unik, berkuasa tetapi juga santai dan harmoni.

Pada tahun 2001, lahirlah buku motivasi pertama beliau “Membina Imaginasi Cemerlang”. Bermula dari sinilah lahir lagi berpuluh-puluh lagi buku motivasi berikutnya seperti yang dapat dilihat di pasaran pada hari ini. Dalam masa yang sama juga beliau menulis dalam 18 majalah berlainan terbitan Kumpulan Karangkraf selama lebih 10 tahun tanpa sekali pun terkandas ‘dead-line’. Rekod ini dipegang oleh beliau hingga hari ini.

Dalam tempoh antara 1975 hingga 2009, beliau telah menghasilkan sebanyak 97 judul buku meliputi pelbagai bidang terutama motivasi selain ilmiah, agama, automobil, kanak-kanak, remaja dan novel. Buku-bukunya diterbitkan oleh penerbit-penerbit yang berwibawa iaitu Dewan Bahasa & Pustaka, Alaf 21, Karya Bestari, Telaga Biru, Utusan Publication dan Marshall Cavendish.

Kini drtuah adalah pengarah urusan, penulis tamu, perunding motivasi radio dan tv dan juga perunding usaha-wan yang amat dikenali.

THREE EXTRA TRAINING & SOLUTIONS, yang diasaskannya adalah syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewang-an Malaysia dengan Akuan Pendaftaran Kontraktor (Nombor rujukan pendaftaran: 357-02089265) di bawah penyediaan khidmat bekalan/perkhidmatan:

010100 - Bahan Bacaan,

040100 - Alat Perhubungan,

040200 - Alat Bantuan Mengajar dan

220502 - Penyediaan Tenaga Pengajar

telah menjadi jenama ulung di Malaysia dalam urusan pembentukan manusia ke tahap luar biasa bagus dan hebat sekali, lahir hasil kerja keras selama lebih 40 tahun seorang insan yang tidak pernah berhenti dari hendak memajukan diri sendiri serta orang lain yang sudi cemerlang bersama-sama dengannya. Beliau juga adalah pemilik 3E TRAINING CENTRE, 3E ACADEMY dan 3E SUITE.Terbaru adalah penglibatan secara aktif dan progresif melalui 3E BIOinsaniah Camp di Ledang.

 

 

Biografi drtuah juga banyak terhimpun di sana sini, kebanyakannya dalam buku-buku yang beliau hasilkan, termasuk dalam novel-novel seperti:

  • Tinggal Dulu Isle (DBP 1985),
  • Original (Alaf 21 1990),
  • Stefa Isle (Alaf 21 1992),
  • Enrique Mengundang Jauh (Utusan 2002),
  • Hatimu untuk Siapa (Alaf21 1994),
  • Inikah Cinta (Alaf 21 2004),
  • Membina Imaginasi Cemerlang (Karya Bestari 2001)
  • Pelangi Membeku (Alaf 21 2008).
  • Cinta Hati Kita (Alaf 21 2009).
  • Cinta Segi Lima (Alaf 21 2009).

 

  Berikut ialah senarai terbitan yang telah

dihasilkan oleh drtuah:

  1. Anak Bumi Kenyalang (DBP)
  2. Suangi (Federal Publication)
  3. Suangi II (Federal Publication)
  4. Suangi III Manusia Satwa (Alaf 21)
  5. Membina Imaginasi Cemerlang (Karya Bestari)
  6. Membina Hati Bahagia (Karya Bestari)
  7. Membina Jatidiri Gemilang (Karya Bestari)
  8. Membina Peribadi Anggun (Karya Bestari)
  9. Membina Rasa Cinta (Karya Bestari)
  10. Membina Cinta Sayang (Karya Bestari)
  11. Membina Personaliti Terbilang (Karya Bestari)
  12. Nak ke Tak Nak (Karya Bestari)
  13. Jangan Main-main (Telaga Biru)
  14. Anak Anda Bijak Berkarya (Telaga Biru)
  15. Biar Betul-betul (Karya Bestari)
  16. Buat Sampai Jadi (Karya Bestari)
  17. Fikir-fikirlah (Karya Bestari)
  18. Ada Bagus, Bagusss (Telaga Biru)
  19. Kalau Ya Katakan Ya (Telaga Biru)
  20. Abdul Rahman Ya'kub– Kancil Sarawak (DBP)
  21. Pelangi Membeku (Alaf 21)
  22. Hatimu Untuk Siapa (Alaf 21)
  23. Aku di Hatimu (Alaf 21)
  24. Stefa Isle (Alaf 21)
  25. Original (Alaf 21)
  26. Koleksi Cerita Kanak-kanak Bertemakan Alam Sekitar (Jabatan Alam Sekitar)
  27. Memupuk Minat Belajar Anak-anak (Telaga Biru)
  28. Tangani Kejatuhan Matawang - Jimat (Karya Bestari)
  29. Catatan Harian Islam (Karya Bestari)
  30. Bayu di Solent (Sasbadi)
  31. Panduan Kenduri (Karya Bestari)
  32. Enrique Mengundang Jauh (Utusan)
  33. Rahsia Skor 5A UPSR (Marshall Cavendish)
  34. Rahsia Skor 8A PMR (Marshall Cavendish)
  35. Rahsia Skor A SPM (Marshall Cavendish)
  36. Jangan Tidak-tidak (Karya Bestari)
  37. Langkah-langkah Gemilangkan Imaginasi Anda (Telaga Biru)
  38. Inikah Cinta (Alaf 21)
  39. Umrah & Ziarah (Karya Bestari)
  40. Dinasour Bandar Mahria (NR Publication)
  41. Kereta – Jawapan pada Pertanyaan Anda (Karya Bestari)
  42. Karamah Ilmu Batin (Kintan)
  43. 600 Jawapan Kemusykilan Agama Jilid I (Karya Bestari)
  44. 600 Jawapan Kemusykilan Agama Jilid II (Karya Bestari)
  45. 600 Jawapan Kemusykilan Agama Jilid III (Karya Bestari)
  46. Kewartawanan Islam – Dicabar, Tercabar, Mencabar (Karya Media)
  47. Mengislamisasikan Komunikasi Warta (DBP)
  48. Sembahyang Lelaki Perempuan (Karya Bestari)
  49. Nurani di Sudut Kehijauan Matanya (Jabatan Perdana Menteri)
  50. The Other Thought of Journalism – A Study of Analysing to the Coventional Paradigm (Tesis)
  51. Great Imagination – Utilizing the High Powerd Forces Within (Tesis)
  52. Pedamaran Rimba (DBP)
  53. Pedamaran Penan (DBP)
  54. Nanga Begajai (DBP)
  55. Kisah Ajaib Terpilih (Karya Bestari)
  56. Jalan-jalan untuk Redha dan Pahala (Karya Bestari)
  57. Puasa Lelaki dan Perempuan (Karya Bestari)
  58. 600 Jawapan Kemusykilan Agama Wanita I (Karya Bestari)
  59. 600 Jawapan Kemusykilan Agama Wanita II (Karya Bestari)
  60. 600 Jawapan Kemusykilan Agama Wanita III (Karya Bestari)
  61. Surat-Janji 1862 (Alaf 21)
  62. Anak Anda Cemerlang Seperti Nur Amalina (Telaga Biru)
  63. Hembusan Salju di Makkah (Karya Bestari)
  64. Tinggal Dulu Isle (DBP)
  65. Runtuhnya Sebuah Astana (DBP)
  66. Mengapa Bujang Senang Haus Darah (Sarawak Publisher)
  67. Puteri Aluk Batang Belidak (DBP)
  68. Duta Utusan Ayah (DBP)
  69. Tragedi Bujang Senang (DBP)
  70. Nak Jadi Jadi (Karya Bestari)
  71. Nak Kaya ke Tak Nak Kaya (Telaga Biru)
  72. Cinta Pandang Kedua – Di mana Silapnya (Telaga Biru)
  73. 31 Sebab Mudah untuk Anda Berjaya (Telaga Biru)
  74. Langkah-langkah Merawat Cinta Remaja (Telaga Biru)
  75. Merawat Hati Wanita (Telaga Biru)
  76. Mengenali dan Menyingkap Rahsia Lelaki (Telaga Biru)
  77. Berjaya Melalui Kekurangan Diri (Telaga Biru)
  78. Sendiri Mau Ingat (Karya Bestari)
  79. Selembut Sentuhan Letni (Karya Bestari)
  80. Jom ManTOP (Alaf21)
  81. Cipta Syurga Hati (Karya Bestari))
  82. Cinta Segi Lima (Alaf21)
  83. Buat Jangan Tak Buat (Alaf21)
  84. Tegur Biar Teguh (Alaf21))
  85. Jom Jebat (Alaf21)
  86. Jom Jaguh (Alaf21)
  87. Jom Bertuah (Alaf21)
  88. Membina Jiwa Serasi (Karya Bestari)
  89. Membina Unggul Lelaki (Karya Bestari)
  90. Nak Jadi Jadi (Karya Bestari)
  91. Membina Cinta Suci (Karya Bestari)
  92. Bukan Main Lagi (Karya Bestari)
  93. Tau Tak Apa (Karya Bestari)
  94. Laluan Kedua ke Puncak (Oasis Buku)
  95. Cetusan Muitara Kata Cinta (Oasis Buku)
  96. Cinta Hati Kita (Alaf21)
  97. Jom Mengetop (Alaf21)

 

 

Pada 24 Mei 2008, salah satu buku motivasi drtuah dengan judul "Jangan Main-main" telah memenangi "Anugerah Buku Paling Popular Bagi Kategori Bukan Fiksyen" berdasarkan Pilihan Pembaca Popular-Berita Harian" sempena BookFest@Malaysia 2008 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Pada tahun 2009 pula, pada pesta yang sama dua buah buku motivasi beliau iaitu "Fikir-fikirlah" dan "Membina Cinta Sayang" terpilih sebagai finalis.

 

 

His best selling motivational books are:

 

i. "Developing Excellent Imagination" (Membina Imaginasi Cemerlang) - *150,000 copies sold,

ii. "Developing Happiness to the Fullest" (Membina Hati

Bahagia) - *100,000 copies sold,

iii. "Take It or Leave It" (Nak ke Tak Nak) - *100,000 copies sold,

iv. "Developing Brilliant Super Powers " (Membina Jatidiri Gemilang) - *75,000 copies sold,

v. "Be Serious" (Biar Betul-Betul), - *60,000 copies sold,

vi. "Charming" (Membina Peribadi Anggun),

 *60,000 copies sold,

vii. "Do It" (Jangan Main-main), 9,000 copies sold,

viii. "Good, Very Good" (Ada Bagus, Bagusss), *6,000 copies sold,

ix. "The Great Personality" (Membina Personaliti Terbilang), 30,000 copies sold.

x. "Get It Done" (Buat Sampai Jadi), 70,000 copies printed.

xi. "The power of Love" (Membina Cinta Sayang), 50,000 copies printed.

 

 

 

 

His latest motivational books entitled:

 

i. "Think Right" (Fikir-fikirlah), 20,000 copies sold,

ii. "Say Yes!" (Jika Ya Katakan Ya) first print 10,000 copies.

iii. "Equal To" (Nak Jadi Jadi) first print 10,000 copies.

iv. "The True Love" (Membina Cinta Suci), first print 10,000 copies.

v. "Doing Thing Right" (Bukan Main Lagi), first print 10,000 copies.

 

 

 

 


His best-selling novels are:

 

i. "Name of an Isle" (Stefa Isle),

ii. "Authentic" (Original),

iii. "A Matter of Heart" (Hatimu untuk Siapa)

iv. "Love" (Inikah Cinta)

v. "Enrique from the Far" (Enrique Mengundang Jauh)

vi. "Harden Rainbow" (Pelangi Pembeku)

vii. "Our Secrect Love" (Cinta Hari Kita)

viii. I'm in You (Aku di Hatimu) - all together more than *600,000 copies sold.

 

 

 

 

Media elektronik dan bercetak yang pernah

menggunakan khidmat drtuah:

  1. rtm1
  2. rtm2
  3. tv3
  4. tv9
  5. tv7
  6. astro awani
  7. asyik FM
  8. salam FM
  9. astro ria
  10. bernama tv
  11. radio 24
  12. klasik nasional
  13. selangor fm
  14. perak fm
  15. sinar sarawak
  16. labuan fm
  17. radio tv brunei
  18. sarawak fm
  19. langkawi fm
  20. melaka fm
  21. johor fm
  22. suria fm
  23. sinaran bina
  24. wanita fm
  25. berita harian
  26. utusan malaysia
  27. malay mail
  28. star
  29. metro
  30. kosmo
  31. radio muzik fm
  32. ferminin
  33. sinar harian, dan terbitan-terbitan di bawah:

 

 

- Motivasi  

 

- Psikologi Sains  

 

- Motivasi

 

- Mutiara  

 

- Motivasi

 

 

 

- Kaunseling  

 

- Motivasi Ceria  

 

- Motivasi  

 

- Meniti Hari

 

i
- Kaunseling Keluarga  

 

- Problem 

 

- Melerai Masalah  

 

- Catatan Pengembara  

 

 

- Motivasi  

 

 

 

- Pesan  

 

- Motivasi  

 

- Fikir, Renung & Tengok  

 

- Motivasi  

 

- Kaunseling kecantikan

 

- Kaunseling kerjaya  

 

- Motivasi santai  

 

- Novel Bersiri  

 

Telaga Biru
-
Kaset & CD ( 11 tajuk di pasaran

hubungi 03-62724070 untuk sebarang keterangan)

1.
Menyingkap dan Mengenal Rahsia Lelaki
2.
Langkah-langkah Merawat Hati Wanita
3.
Berjaya Melalui Kekurangan Diri
4.
Langkah-langkah Gemilangkan Imaginasi Anda
5.
Kaedah Merawat Cinta Remaja
   
6.
Anak Anda Cemerlang Seperti Nur Amalina
7.
Membina Kekuatan Belajar
8.
Memupuk Kemahiran Anak Anda Berkarya
9.
31 Sebab Mudah untuk Berjaya
10.
Cinta Kedua, Di Mana Silapnya

 

11.
Nak Kaya ke Tak Nak Kaya

 

Sila klik produk/penulisan untuk melihat kulit buku-buku

di atas dan sila klik www.etuah.com untuk

membaca artikel terkini drtuah.

 

 

 

 

Wawancara eksklusif antara drtuah dengan wartawan dari pelbagai media termasuk dari TV1, TV3, Star, Bernama, Kumpulan Karangkraf, para pelajar dari pelbagai IPT  - 2007-2010

 

Siapa nama sebenar Dr.?

TUAH FADILAH ITHNIN

 

Kenapa guna nama samaran?

Tuah adalah nama sebenar saya, Iskandar ayah saya selain Ithnin; al-Haj kerana telah menunaikan haji; HM pula adalah ibu saya Hajjah Mariam, boleh juga His Majesty, Highly Motivated bahkan Hansem Macho. Dan apa salahnya kalau Haji Muhammad pun, kan? Sebenarnya saya ada 17 adik beradik dengan tiga emak. Emak kandung saya adalah yang pertama.

 

Sejak bila Dr. guna nama ni?

Sejak berusia 17 tahun pun. Ketika pertama kali saya menulis skrip drama radio untuk Radio Johor. Sewaktu pertama kali menulis untuk Utusan Pelajar pada tahun 70-an dulu saya guna Tuah H.M. saja.

 

Lahir bulan berapa?

Bulan tiga. Tarikh yang tepat 13 Mac 1960.

 

Apa rahsia Dr. kekalkan keremajaan?

Tentunya aktifkan hidup, rasa bahagia sentiasa serta tak perlu ada masalah dengan orang. Kalau orang nak cari masalah dengan kita, mereka tanggunglah akibatnya di akhirat, sebab saya tak amalkan prinsip mudah memberi maaf. Pada saya maaf adalah hak peribadi kita. Kalau kita terlalu mudah memberi maaf nilainya jadi rendah. Orang mudah langgar dan minta balik. Di akhirat inilah modal untuk menyelamatkan diri kita. Semua orang yang bermasalah dengan kita perlu cari kita untuk settle. Dah tentu tak boleh settle sebab nak bayar pakai apa? Wang ringgit dah tak ada pada waktu tu dan kalau ada pun saya tak nak. Jadi, semua pahala orang tu akan diberikan pada kita.

 

Ceritakan sikit kehidupan Dr. waktu kecil.

Hmmm, saya dibesarkan oleh ibu tinggal, tentu banyak kekurangan. Itu menyebabkan saya very independent dan ada imaginasi besar.

 

Itu je?

Panjang lagi kisahnya. Saya rasa elok jika anda baca novel-novel saya macam Tinggal Dulu Isle, Original, Pelangi Membeku dan yang terbaru Cinta Hati Kita.

 

Dr. suka makan apa? Maksud saya makanan yang berat.

Mi bandung Muar, nasi beriani kambing.

 

Yang ringan pulak, macam kuih-kuih ke.

Seri muka, nagasari, kole kacang.

 

Sarapan pagi selalunya apa?

Roti dua keping cecah dengan air Milo atau kopi susu.

 

Boleh beritahu rutin harian Dr.?

Saya bangun tidur lebih kurang sejam sebelum masuk waktu Subuh. Misalnya, kalau Subuh 5.45 pagi, saya bangun 4.45 pagi. Dalam tempoh sejam tu macam-macam boleh buat. Selalunya saya berusaha supaya tak tinggal tahajud, taubat, istigharah dan hajat. Kemudian baru pergi ke surau atau masjid. Dalam sebulan saya akan sembahyang Subuh berjemaah dengan ahli keluarga saya sekitar 3 hingga 4 kali begitu terutama ketika hujan lebat atau semua ahli keluarga ada dan boleh sembahyang berjemaah.

 

Lepas tu, saya akan baca akhbar di internet, sambil dengari saya sendiri di Muzik FM pukul 6.45pagi (pre-recorded). Pada pukul 7.30 pagi, saya akan live di Selangor FM. Lepas tu pergi berjoging dengan isteri di taman rekreasi ataupun aerobik di 3E Training Centre. Sesi aerobik itu adalah percuma untuk peserta kursus dan juga sesiapa saja. Pada jam 9.30 pagi saya di Klasik Nasional pula (juga pre-recorded). Selesai, kami pergi ke pejabat (conference office) untuk berurut dengan kerusi urut. Di pejabat saya semua kemudahan macam ni ada, jadi kami manfaatkanlah.

 

Sampai di rumah barulah mandi (mulakan dengan membasahkan kaki dulu sebelum perlahan-lahan bawa ke atas), dan buat solat dhuha, kemudian saya baca Al-Mathurat. Lepas tu buka balik komputer untuk jawab e-mel atau apa-apa sajalah, termasuklah tulis artikel, tulis novel ataupun buku motivasi.

 

Sampai tengah hari, selepas zohor baru saya pergi pejabat, petang selepas asar baru balik. Selalunya saya ke surau atau masjid untuk solat maghrib dan dengar ceramah agama hingga Isyak. Lepas tu, di rumah baca Al-Mathurat sekali lagi, ataupun baca Quran. Lepas tu buka komputer.

 

Ini rutin kalau tak ada program ceramah motivasi di mana-mana. Tapi kalau ada di tv misalnya, saya akan solat subuh di rumah dan terus bergegas ke stesen tv. Rumah saya dengan Angkasapuri taklah jauh, sekitar 15km saja, tapi saya keluar 6.15 pagi untuk siaran 8.00 pagi. Dengan TV3, TV9, TV8, TV7 lagi dekat, hanya 5km je.

 

Dr. selalu dilihat pakai pakaian pelbagai warna. Apa rahsianya?

Tak ada rahsia apa-apalah. Sekadar suka-suka je.

 

Tentu ada apa-apa rahsia.

Tak ada, cuma saya tertarik dengan tujuh warna pelangi.

 

Ada apa dengan tujuh warna pelangi?

Ia indah, cantik dan cukup memukau. Saya realitikan kekaguman saya pada tujuh warna pelangi dalam novel Pelangi Membeku. Bacalah novel tu.

 

Apa warna yang Dr. paling suka?

Kuning.

 

Apa rahsia warna kuning?

Tak suka gaduh, ceria dan mencerlah dengan idea. Mereka yang suka cari gaduh ni tanda hatinya kotor. Hati kotor tanda disenangi setan. Saya nasihatkan masuklah kursus asas bersihkan hati di ESQ.

 

Ada ke orang ajak Dr. bergaduh?

(Sambil ketawa) Manusia kan macam-macam. Dalam buku Membina Imaginasi Cemerlang ada satu bab saya namakan ”Kejayaan Melampaui Had”. Apabila anda telah sampai ke tahap ini anda akan semakin dibenci oleh mereka yang sakit. Pada saya, saya lakukan segalanya kerana ALLAH. Untuk bagi semua orang suka kita tak mungkin; tapi untuk semua orang benci kita juga tak mungkin. Yang betul, teruskan saja kerja kita. Ya tak?

 

Apa hobi Dr.?

Cemerlangkan orang yang sudi cemerlang bersama saya. Saya juga suka menulis, semua jenis genre.

 

Permainan pula ?

Golf, badminton, berenang, memanah dan menunggang kuda.

 

Apa yang Dr. paling tak suka ?

Orang yang nampak baik tapi sebenarnya jahat. Atau orang yang cakapnya macam orang baik-baik tapi tindakannya terbalik. Dalam kata lain orang yang memakai topeng. Kadang-kadang orang ni ada songkok di kepala, yang wanita pulak pakai tudung. Memang tak sangka.

 

Apa pendapat Dr. tentang nilai kelulusan luar negara?

Sudah tentu mengatasi. Maklum ‘barangan import’.

 

Kalau gitu Dr. setujulah pelajar kita melanjutkan pelajaran ke luar negara?

Ya, mengapa tidak.

 

Apa yang ingin  Dr. kongsikan tentang sistem pendidikan luar negara?

Pertama sekali kena faham ada dua kaedah buat ijazah luar negara, termasuk secara external. Cara external atau luaran ini bukanlah senang sebab seseorang itu perlu ada pelbagai kriteria yang ditetapkan pada tahap antarabangsa sebelum dia dipilih mengikuti pengajian. Paling tidak Englishnya kena power. Jika tidak dia tidak mungkin dapat berkomunikasi dengan pensyarah dan penyelianya di sana.

 

Lagipun, pilihan sama ada hendak belajar di universiti tetap atau luaran adalah pilihan individu. Ia bergantung pada kemampuan untuk berbelanja besar sebab tertakluk pada pertukaran mata wang asing. Misalnya universiti di UK, untuk selesai pengajian boleh mencecah RM200,000 sedangkan matawang UK baru sekitar Ł20,000 saja.

 

Berbaloi ke keluarkan duit sebegitu banyak?

Berbaloi sebab ijazah yang diperolehi adalah terpandang. Kalaupun tidak diiktiraf di sini, bukan semua yang tidak diiktiraf itu tidak baik. Banyak universiti di Rusia, Jerman, Bulgaria tak pernah diiktiraf tapi kita akui kehebatan mereka dalam macam-macam hal. Di Rusia saja kita telah akui keupayaan mereka dalam meneroka angkasa lepas, sedangkan kita tak pernah mengiktiraf semua universiti di Rusia.

 

Orang Jepun tiru kereta orang putih. Satu masa dulu orang putih kata kereta Jepun kereta tiruan, tak asli, palsu, ciplak, tapi ternyata sekarang kereta Jepun tu lebih baik, sampaikan Ford pun dibuat di Jepun.

 

Begitu juga banyak universiti perubatan di India tidak diiktiraf oleh kerajaan tetapi ternyata bidang perubatan amat maju di sana. Ramai orang buat pemindahan organ di sana. Kita tertanya-tanya juga, jangan-jangan mereka yang tak mengiktiraf kita lebih dulu.

 

Ya betul, anda kena pergi di universiti yang diiktiraf oleh kerajaan tetapi itu sekiranya anda ingin bekerja sebagai pegawai kerajaan. Kalau mahu bisnes sendiri dan jadi orang kaya tak kisah anda belajar di mana pun.

 

Pada pendapat Dr. apa istimewanya belajar secara online?

Tentu sekali banyak. Jika tidak takkan diamalkan juga di negara kita.

 

Ada ke di negara kita?

Ada. Tak tahu ke USM ada Pengajian Jarak Jauh (PJJ) sejak tahun 1980-an lagi dan juga UiTM. Malah kaedah universiti terbuka juga telah wujud di negara kita iaitu Open University, yang mana keadaan ini begitu asing pada kita sekitar tahun-tahun 1970-an. Universiti Malaya, Universiti Utara Malaysia dan Universiti Kebangsaan Malaysia pun ada fakulti pengajian awamnya.

 

Lagi?

Apa lagi yang anda ingin tahu?

 

Apa-apalah yang mungkin saya tak tahu.

(Setelah agak lama berfikir) Tak guna ada kelulusan tertinggi dari universiti diiktiraf tapi untuk tulis e-mel dalam bahasa Inggeris yang terabur dan cemamai pun tak mampu, kan?

 

Nampaknya Dr. sangat berkenan dengan kaedah belajar secara pelbagai ini.

Tahu tak, belajar secara online termasuk juga luaran adalah tren yang semakin popular sebab dunia hari ini semakin pesat dengan teknologi satelit. Wajarlah ambil manfaat daripadanya. Sedangkan sekarang ini sebuah novel boleh dibaca melalui telefot bimbit, siaran langsung perlawanan bola sepak boleh ditonton melalui telefon bimbit, belajar secara online sudah tentu bukanlah masalah.

 

Belajar cara ni adalah alternatif. Ia tidak ubah macam perubatan alternatif yang mana sekarang ini kerajaan turut membenarkan para pengamal perubatan alternatif membuka kaunter di hospital-hospital kerajaan.

 

Maknanya, kerajaan semakin mengiktiraf kebolehan dan kepandaian tertentu rakyatnya bahkan hingga kepada perubatan. Ini suatu perkembangan yang sangat menarik sesuai dengan istilah negara yang pesat membangun. Jadi, adalah tidak salah belajar secara alternatif juga asalkan ia bukan ‘universiti angin’ tetapi benar-benar wujud dan berdaftar di mana ia beroperasi, meskipun nanti kelulusan yang diperolehi itu boleh dianggap ‘kelas kedua’. Yang penting anda benar-benar layak memegang anugerah dan sanggup memikul tanggungjawab serta menjadi somebody selepas itu.

 

Kan tak salah dianugerahi ijazah kehormat dari mana-mana universiti hingga membawa gelaran Dr. Hal macam ni berlaku di mana-mana termasuklah di negara kita. Ada universiti awam anugerahkan ijazah kehormat kepada tokoh-tokoh tertentu hingga membawa gelaran Dr. pada permulaan nama mereka, sedangkan mereka tak pernah pun masuk kelas.

 

Angkasawan negara seorang doktor perubatan, tapi jadi angkasawan pun. Dia tak masuk universiti untuk jadi angkasawan. Tun Dr. Mahathir pun seorang doktor perubatan tapi jadi Perdana Menteri.  Sudirman seorang lulusan undang-undang tapi tak jadi peguam sebaliknya menyanyi dan pelakon bahkan pernah menjadi wartawan di Kumpulan Karangkraf.

 

 Mestikah anda belajar satu bidang untuk pandai dalam bidang berkenaan? Bukankah kadang-kadang bakat, kebolehan, kewibawaan dan minat lebih penting dari kelulusan akademik? Berapa ramai mereka yang memiliki kelulusan tertinggi tapi berakhir sebagai orang biasa saja dan berapa ramai yang tiada kelulusan akademik tetapi menjadi orang luar biasa?

 

P. Ramlee tak pernah masuk universiti tapi Universiti Malaya telah menganugerahkan beliau gelaran Dr. dan hasil karyanya evergreen menawan hati setiap orang. Begitu juga Ahmad Nawab. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mustapa Mohamed dianugerahkan Ijazah Doktor Kehormat dalam bidang Pengurusan oleh International University College of Technology Twintech (IUCTT), pada 11/12/08.

 

Ibu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang juga Canselor Universiti Tun Abdul Razak (Unitar), Tun Rahah Mohd Noh menerima Ijazah Doktor Kehormat Falsafah (Pendidikan) pada konvokesyen UUM ke- 22. Datuk Mohd Nor Khalid atau Lat penerima Ijazah Kehormat Doktor Seni pada Istiadat Konvokesyen ke-11 UPSI.

 

Bekas Perdana Menteri Kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Demokrasi oleh UUM atas sumbangan dan jasanya menyuburkan amalan demokrasi di Malaysia pada Majlis Konvokesyen Khas, 17 Julai 2009. Pada 21 Julai 09 pula, beliau dianugerahi Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Peradaban Islam) UKM.
 

Ary Ginanjar dianugerahi gelaran Doctor Honoris Causa dalam bidang Pendidikan Karakter oleh Universitas Negeri Yogyakarta. Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dianugerahi Ijazah Doktor Kehormat Sains Politik oleh Prince of Songkhla University. Mereka ini semuanya dianugerahi. Bolehkah anda faham apa yang dimaksudkan 'dianugerahi'? Jadi apa masalahnya?

 

Yang penting apa yang anda boleh sumbangkan kepada negara anda setelah anda tamat belajar. Tidak kira anda lepasan universiti mana, tradisional atau non-tradisional, bahkan tak masuk universiti, tapi bolehkah anda menyumbang sesuatu yang berharga pada agama, bangsa dan negara pada penghujungnya, yang mana orang lain tak mampu melakukannya?

 

Bagaimana dengan akreditasi?

Sila baca emel pengasas AU Foundation, UK kepada saya seperti berikut;

 

Dear Dr. Tuah

 

Firstly let me give you an overview of the issue of institution accreditation.

 

I do appreciate your concern about a very important issue of the academic world. According to my understanding word 'Accreditation' is an American jargon, perhaps used to indicate the approval of academic and physical fitness of  some Educational Institution to offer its educational programs. Although that itself is quite debatable issue in America as the Law of the United States of America does not make it compulsory to every Institution be accredited where as two states of US have declared illegal to have un-accredited degree. In United State different states have different criteria and system about accreditation. It is big ambiguity but unfortunately other countries are also  being trapped in the academic sense of this word Accreditation.

 

I have gone through this painful process in which a team of so called auditors (experts) are paid to inspect the Educational System of an Educational Institution on some mutually agreed day. My experience dictates that auditors are only impressed by physical infrastructure and big campus facilities of the Institution. The team of auditors will refuse accreditation if the infrastructure of the Institution under audit does not match with self imagined expectations, mostly they act as police officer and behalf as if they were investigating some suspects. What I understand personally about word 'Accreditation' is that it is accepting or rejecting the Professional Competency, (the outcome of Curriculum, method of delivery, competency of faculty and of course good management)  fit to see the learning process makes the learner or trainee fit to step into person's selected profession or system as a professionally sound person. Educational processes is a way  to attain knowledge and wisdom in the given area or specific discipline. Professional bodies/association came into existence much earlier than school, college, university of educational institutes. I propose that a membership challenge examinations or membership examination of any recognized professional body should be sufficient to accept the qualification/diploma or degree certificate of any person and not of being accepted only on the basis that the Institution attended was accredited or unaccredited.

 

I do read some time the websites that are named as degreeinfo/forum by some self-proclaimed degree experts. Most of the time, comments made by these jokers are good laughing stock but they are very genius rather evil-genius by their jokes they gain the power of blackmailing institutions to use these jokers as paid consultants to write good comments or no comments for those institution in their web-based forums. Out of these so called experts (in fact blackmailers) are not qualified to comment about what they write in their self-made forums for example a man holding a bachelor degree in crockery instead of serving as a chef in some restaurant should not be commenting on education as self-imposed expert but he does so as it may be producing him better earning than to work as a chef. I know an accredited university rather a state owned university, where a cleaner of the same university earned a degree in Business Studies/Administration as part time student and was hired for teaching MBA Classes without having MBA degree himself because he being English man could speak English.

 

We should establish more professional institutions in each nation to act as approved agency to select or reject the curriculum, teaching materials, method of delivery of educational institution and not to leave these

educational Institutions at the mercy of qualified or unqualified team of auditors of accrediting agencies. In some countries registration with their respective education ministries means an accreditation, whereas in some other countries state Institutions are self-accrediting (means non-accredited) as they use taxpayers money to pay themselves good salaries and can afford to bear bills of accrediting auditors. Accreditation should be processed by professional bodies in each country as the education brings knowledge and wisdom to a person and expand person's mental faculties to be more useful for himself/herself, for others, for his/her profession and as a whole for whole human society. We should not allow these chefs and butchers to butcher educational institution. All have right to learn as par Charter of Human Rights of United Nations. I am of the opinion that education should not be denied on the basis of accreditation or non-accreditation issues. Dr. Tuah, you take a move and I will stand by you along with many others to bring worthwhile change in the global educational system in the global village.

 

At a time when traditional university enrollment is dropping, non-traditional programs are being developed and expanded by major universities across the country rushing to meet the demand for alternative approaches to learning. Traditional methods by which academic credit is awarded have been altered to accommodate the mature “self-directed” student. And options that were unthinkable a few decades ago are now universally accepted methods of obtaining accredited university degrees.

 

What has brought about such sweeping changes in traditional thought? For the first time on a mass scale, universities are beginning to look beyond the brick and the ivy.  What they are seeing are the many highly intelligent and capable individuals in the world who are left dangling with their dreams, desires and goals at a standstill while those with university degrees enjoy the promotions, raises and the prestige awarded them by our ‘degree conscious' society.

 

To allay this situation, schools are beginning to address the very real educational needs that are not being meet, and to adapt to the very unique problems facing mature adults with family and career responsibilities who wish to earn college degrees — problems such as distant campuses, fixed academic calendars, irrelevant class schedules, and competition from younger students. Non-traditional study in its many forms is available now throughout the country, and adults may now earn college degrees no matter where they live.

 

Each year more and more colleges and universities are awarding college credits or advanced standing to persons for knowledge acquired outside the traditional classroom. The granting of credits for learning gained from professional training and life experiences is an attempt to award credit for knowledge acquired — no matter the circumstances. If a student can satisfactorily demonstrate that the knowledge he has acquired is equal to that of a required university course, this knowledge has the potential to be converted to equivalent college credits.

 

Schools conducting studies on the “workability” of non-traditional degree programs are discovering that adults can be highly motivated when they are given opportunities for lifelong learning which do not conflict with personal and professional lives. And schools report that in many instances the personal growth and confidence acquired by an adult studying in a non-traditional format often gives him or her a deeper level of understanding and appreciation far beyond that of the traditional university-age student.

 

Accreditation is one of the more confusing aspects of education—essentially, it is a system for recognizing educational institutions and professional programs which have achieved certain standards of academic excellence.

 

In most countries outside the United States, the sanction of schools is a function of government.  In the U.S., however, this responsibility is assumed by private, voluntary associations or commissions, and, to some extent, by individual state governments.

 

Though accreditation is a voluntary process, the decisions resulting from this process can have far-reaching effects. Whether or not a school is accredited often determines certain actions taken by governmental funding agencies, scholarship commissions, foundations, employers, counselors and students. Because of the public responsibilities we have come to expect from accrediting groups, we often tend to view them as public agencies rather than the private associations they actually are.

 

Preparing a portfolio is not an easy task.  However, considering that universities are allowing as much as two years of university credits (this varies widely between schools), the substantial savings in both time and money can make the effort very worthwhile. Another benefit derived from preparing a portfolio is that the process allows a student to recognize and appraise his/her own particular skills and knowledge.  This can be a great advantage in the development of a degree plan (study plan or learning contract).

 

With Best Regards

Prof Sir Dr Roger

 

Sekarang ini saya sedang menuntut secara external di Universidad Empresarial CR dalam bidang "Social Sciences", juga pada tahap Ph.D. Universiti ini tersenarai dalam UNESCO. Sila semak di internet jika anda kurang pasti atau lawat www.unem.edu. Anda juga boleh taip perkataan Universidad Empresarial di engin carian dan tekan enter, lihat pengiktirafan yang tersenarai.

 

Apa yang Dr. nak buktikan?

Menuntut ilmu tidak boleh terhenti setelah mendapat Ph.D, bahkan kalau boleh sepuluh Ph.D, sekiranya mampu apa salahnya. Menuntut ilmu kan jihad. Mereka yang mati sedang dalam menuntut ilmu dikira syahid. Saya juga nak buktikan saya mampu lulus di universiti antarabangsa yang mendapat pengiktirafan kerajaan dan juga dunia.

 

Dr. memang patut berbangga dengan pencapaian Dr. juga semangat yang Dr. tunjukkan, pada saya sukar ditandingi.

No komenlah.

 

Bukan minta Dr. komen. Itu sekadar kata-kata saya saja.

Kena faham saya. Saya sekadar lakukan yang terbaik. Saya ingin buktikan apa yang kita pilih dalam hidup bukanlah penghalang pada kita untuk cemerlang. Universiti siber adalah alternatif. Dan saya berbangga menjadi graduan external, sekurang-kurangnya ia telah berjaya menjadikan apa saya pada hari ini. Macam anda kata, macam sukar ditandingi orang lain. Maaf, bukan saya yang kata, sekadar ulang kata-kata anda.

 

Tentu menarik sejarah hidup Dr. di perantauan sebagai pelajar persendirian. Ceritalah lagi.

Tak cukup ruang. Lagipun tak semestinya orang suka nak tahu. Pada mereka yang ingin tahu secara lebih detail, bacalah novel-novel saya bermula dari Tinggal Dulu Isle, Stefa Isle, Original, Pelangi Membeku dan yang terbaru Cinta Hati Kita.

 

Siapa idola Dr.?

Nabi Muhammad saw.

 

Yang hidup sezaman dengan kita?

Hmmm, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

 

Artis pula, siapa yang Dr. paling minat?

Ebiet G. Ade, Sohaimi Meor Hassan, M. Nasir.

 

Pelakon?

Allahyarham P. Ramlee, Rahim Razali, Ahmad Yatim.

 

Semuanya old timer. Tak ada ke yang sezaman?

Hmmm, barangkali M. Nasir.

 

Kenapa M. Nasir?

Pada saya dia ni ada banyak kelebihan. Dia boleh mencipta lagu sambil menyusun muziknya sekali, juga boleh berlakon. Serta ahli perniagaan yang berjaya. Saya amat hargai bakat-bakat semulajadi seperti ini. Dia seperti saya, berbekalkan kebolehan semulajadi untuk unggul dalam bidangnya.

 

Wanita pula siapa?

Uji Rahsid.

 

Uji Rahsid saja?

Ya, hanya Uji Rahsid.

 

Kenapa Uji Rahsid?

Dia pun ada segalanya. Dia ada tiket untuk jadi penghibur. Segalanya ada pada Uji Rahsid - wajah, bakat, suara.

 

Kalau gitu Dr. ni romantik orangnya.

Saya suka muzik yang menenangkan dan suka orang yang menenangkan.

 

Filem bagaimana yang Dr. suka?

Ada unsur sejarah, ataupun aksi macam filem-filem Jackie Chan. Kartun Mr. Bean pun saya suka. Tak terkecuali Tom and Jerry. Dan saya cukup suka dengan filem-filem komidi P. Ramlee. Tak terkecuali gusti.

 

Gusti? Kalau gitu Dr. ni ganas juga orangnya.

(Sambil ketawa) Saya pelajar Aikido. Guru saya Sensei Yamada, orang Jepun.

 

Kenapa tak belajar silat? Kan Dr. bernama Tuah?

Saya tak tertarik dengan silat. Aikido adalah gabungan minda dan fizikal. Pergerakannya lembut tapi power. Senaman pernafasan 3E dalam Formula 3E itu saya bangkitkan melalui seni Jepun inilah.

 

Apa yang Dr. paling takut?

Saya telah dikebumikan sedangkan ketika itu saya belum mati, mungkin baru koma, tapi sebab orang ingat dah mati, maka mereka tanamlah. Alih-alih saya terjaga tapi dah dalam kubur. Alamak. Tak dapat nak keluar. Pekik pun mungkin orang tak dengar. Kalau dengar pun orang lari. Katalah mereka gali balik kubur saya, tapi dah mati dah sebab lemas. Alamak, tak dapat nak gambarkan. Inilah yang saya paling takut. Jadi, saya nak tinggal wasiat, harap kebumikan saya hanya setelah betul-betul pasti saya mati ha.

 

Kelakarlah Dr. ini.

Kelakar-kelakar juga, tapi tak mustahil terjadi.

 

Yang paling Dr. suka nak buat pada setiap esok pagi?

Saya tak sabar-sabar nak makan sarapan kegemaran saya. Nak tahu apa dia? Roti biasa dua keping, cecah air kopi susu campur cendawan atau campur cengkudu. Roti sandwich tau jangan ingat roti canai pulak.

 

Apakah Dr. memang bercita-cita menjadi motivator sejak kecil?

Saya hanya bercita-cita nak buat yang terbaik dalam apa juga kegiatan hidup saya. Saya lebih seorang Juruam. Motivator menurut dengan sendirinya.

 

Juruam itu apa?

Juruam maknanya generalist, a versatile person, orang yang berpengetahuan dalam banyak bidang. Sila semak Kamus Elektronik Besta.

 

Oh ya, saya fikir Dr. lebih daripada seorang motivator. Motivator hanya tahu cakap.  Setakat bercakap apa sangat nak dihairankan, kan?

Waulahu'aklam. No comment.

 

Jadi, macam mana boleh jadi juruam sekali gus motivator pulak?

Setiap yang berjaya berhak menjadi motivator. Tak ada jawatan motivator dalam sektor kerajaan mahupun swasta, apa lagi juruam. Yang ada kaunselor. Bahkan tak ada pengajian motivasi secara khusus di mana-mana universiti di Malaysia. Ada ke fakulti motivasi? Tak ada kan? Jadi, bidang ini boleh disandang oleh sesiapa saja, asalkan dia terbukti jujur, ikhlas, kuat bekerja, ada formula sendiri, berketrampilan, bijak dan kita boleh lihat hasil kerjanya.

 

Satu lagi dia mesti seseorang yang boleh dicontohi baik peribadi, baik akhlak. Kalau sekadar pandai bercakap tak boleh jadi motivator. Itu tak cukup kriterianya. Motivator Muslim tulen semestinya juga seorang juruam sebab dia akan menjadi tempat rujuk masyarakat. Jadi kriterianya mesti berpaksi pada 5 kriteria:

1.       Dia mesti seorang yang jujur. Setiap tindak-tanduknya diukur pada ciri-ciri seorang Muslim yang baik.

2.       Dia mesti seorang yang berwibawa serta memiliki ketrampilan yang tersendiri lagi unik.

3.       Dia mesti seorang yang berbakat besar dalam banyak bidang, tidak hanya tertahan pada kebolehan akademik semata-mata.

4.       Dia telah menempuh pelbagai rentak hidup; bermula dari bawah dan kini telah menjadi seorang yang terbilang.

5.       Dia mempunyai formula atau kaedah motivasinya yang tersendiri.

 

Siapa-siapa yang ada kriteria ini bolehlah jadi motivator. Kalau tak ada, eloklah tangguh dulu. Dah namanya pun motivator, takkan nak cantas orang lain untuk naik. Awak motivator, awak patut betulkan orang, tapi ni awak yang buat tak betul. Awak dilihat sebagai contoh. Jangan cakap tak serupa bikin. Orang menyampah dan hilang kepercayaan. Tapi tahu tak, inilah yang sedang berlaku sekarang. Macam tak percaya kan? Saya lebih-lebih lagi tak percaya. Sebab saya ingat bidang ni memang bidang yang sangat mulia, hanya orang yang baik-baik saja berada di dalamnya. Rupa-rupanya... emm...

 

Tahun bila sebenarnya Dr. jadi motivator?

1977. Tapi ketika itu belum ada lagi istilah motivator dalam dunia Melayu. Yang ada juruam tapi kita sendiri tak perasan dengan istilah itu agaknya. Lagipun belum ada orang yang layak digelar juruam. Masa tu saya sekadar bantu kawan-kawan. Beri nasihat dan tunjuk ajar. 1978 saya memimpin Persatuan Pengakap secara suka rela di sekolah-sekolah daerah Muar. Saya juga menubuhkan Persatuan Pengakap di Sekolah Rendah Sri Bukit Pasir, Muar bersama kawan-kawan. Semuanya dilakukan dengan sukarela tanpa sesen pun menerima bayaran. Sekarang salah seorang kawan saya itu menjadi Timbalan Pesuruhjaya Pengakap Johor Bahru. Dia baru saja menerima tanah kurnia dari Kerajaan Negeri Johor di tengah-tengah bandaraya Johor Bahru. Tengok, orang jujur sentiasa menang di hujungnya. Sekarang dia masih meneruskan khidmat sukarela ni. Syabas Daud.

 

Apa minuman yang Dr. paling suka?

Sirap bandung dan air biasa.

 

Ada tak ambil apa-apa supplement.

Ada. Saya juga ambil minyak kelapa dara dan multivitamin.

 

Kenapa minyak kelapa dara?

Untuk kekalkan keremajaanlah. Gurau saja tu. Kalau nak tahu khasiat sebenarnya just emel saya.

 

Buah-buahan pulak?

Rambutan, durian, manga.

 

Daging apa yang Dr. paling suka?

Kambing.

 

Kenapa?

Siapa-siapa mampu makan kambing bermakna kesihatannya maksimum. Kan kita biasa dengar orang kata siapa yang ada penyakit itu ini tak boleh makan kambing.

 

Ada tak pengalaman pahit dan manis sewaktu menulis karya.

Hmmm, tak ada pulak. Alhamdulillah, saya kalau start menulis memang tak ada masalah apa-apa. Idea tak pernah struck, semuanya flow hingga jadi.

 

Bagaimanakah Dr. mendapat idea untuk menulis sesuatu karya?

Saya menulis ikut keperluan. Apabila saya rasakan ada satu-satu isu yang mesti saya tulis dengan cepat, saya akan segera dapat idea dan terus bertindak. Saya tak akan berhenti menulis sehinggalah karya itu siap. Jadi, maknanya saya menulis bukan disebabkan saya suka menulis sangat atau sebab ada idea sangat tapi sebab keperluan semasa, mungkin atas pengaruh bangsa, negara dan agama – idea pun terus menurut. Maknanya saya menulis bukan disebabkan pengaruh duit, populariti dan lain-lain, lebih pada factor keTUHANan. Selalunya idea akan terus hadir dalam minda saya.

 

Pada pendapat Dr. apakah ciri-ciri penulisan yang baik bagi seseorang penulis.

Dia mestilah menulis ikut pengetahuan dan pengalaman yang dia ada. Maknanya dia menulis dari hati. Gaya penulisan tesis yakni terlalu banyak buat rujukan dan memetik kata-kata orang sangat-sangat saya tak berkenan. Pada saya kalau gitu, tak adalah istimewanya, itu namanya menghimpun bukan menulis. Bila dikatakan menulis, ilham mesti datang dari minda penulis itu sendiri, barulah ada pembaharuan dan ada sesuatu yang menarik untuk dibaca oleh pembaca. Kan?

 

Bagaimanakah Dr. mengedit setelah menulis sesebuah karya.

Selalunya saya akan biarkan karya saya itu beberapa hari selepas siap. Istilah yang saya gunakan untuk proses ini ialah peram. Selepas beberapa hari saya akan baca kembali dan edit. Kemudian terus menghantarnya kepada penerbit untuk diterbitkan. Penerbit selalunya akan menghantar balik kepada saya sebelum proses cetak. Inilah peluang saya sekali lagi untuk mengedit setelah peram buat kali kedua.

 

Pada pendapat Dr. tentang isu-isu penulisan seperti plagiat, teknologi maklumat, undang-undang etika dan sebagainya.

Plagiat? Memang salah dan tak bermoral tapi okeylah bagi pendatang baru, tapi usah terlalu plagiat hingga seratus peratus, setakat satu peratus mungkin okey, itu pun plagiat ayat-ayat Al-Quran, hadis, kata-kata ulama. Selain daripada itu tak bolehlah. Teknologi maklumat pula telah menyebabkan kerja-kerja menulis semakin mudah. Undang-undang penulisan di Malaysia kurang menggalakkan orang menulis sebab hanya RM20,000 royalti bebas cukai, selebihnya dikenakan cukai. Nahas. Etika pula sila baca buku saya “Mengislamisasikan Komunikasi Warta”, terbitan DBP.

 

Dr. pakai kereta apa?

Mercedes-Benz Kompressor. Isteri pakai Hyundai Elantra.

 

Kenapa pakai kereta import, kenapa tak pakai jenama Malaysia?

Hmmm, sebenarnya saya juga ada kereta Naza Ria. Pernah ada Kelisa dan kereta-kereta Proton. Seorang daripada anak saya pakai Modenas, seorang lagi Yamaha.  Pada saya apabila keperluan membenarkan, kita layak untuk pakai kereta yang lebih berjenama. Seluruh orang berjaya di dunia begitu. Tambahan takkanlah ada pemandu tapi keretanya murah.

 

Apa lagi kenderaan yang Dr. ada?

Motosikal besar Piagio Italiano.

 

Siapa nama-nama anak?

Farahadilah Husna, Muhammad Syahmi, Muhammad Nazih dan Muhammad Firas.

 

Nama isteri.

Zanariah Sheikh Ahmad. Dia ni keturunan Arab Yamen.

 

Apa cita-cita Dr. dalam waktu terdekat ini?

Kalau boleh sebelum mati, saya nak tulis 100 judul buku. Sekarang dah ada 95 judul. Tak banyak lagi tu. Moga-moga ALLAH panjangkan umur saya.

 

Dr. buat banyak perkara. Macam mana Dr. bahagikan masa?

Saya tak bahagikan masa tapi masa yang bergerak seiring dengan aktiviti hidup saya. Maknanya saya meniti di atas masa bukan masa yang mencantas leher saya.

 

Apa falsafah Dr.?

Buat semua perkara dengan suka semua perkara jadi mudah, buat semua perkara dengan menyampah semua perkara jadi susah. Falsafah saya dalam keadilan hanyalah mahkamah akhirat.

 

Pernahkah Dr. bercinta?

Sudah tentulah, orang hansem macho tentulah pernah bercinta. Gurau je.

 

Apakah orang yang Dr. cintai itu isteri Dr. sekarang?

Ya. Tapi saya juga ada ramai girlfriend sewaktu remaja. Sila baca novel Tinggal Dulu Isle dan Original.

 

Apa rasanya setelah berada di puncak?

Di puncakkah saya?

 

Tentulah Dr. di puncak sekarang. Sekarang ternama dan popular. Dr. idola kepada berjuta-juta orang. Dr. seorang yang sangat berjaya dan sangat disenangi ramai. Dr. juga ikon Melayu pada kesungguhan dan kejayaan hidup. Walaupun Dr. graduan external, pencapaian Dr. sukar ditandingi.

Ooo, itu silap. Kejayaan tak boleh diukur begitu. Kejayaan sebenar, bolehkah kita menjadikan diri kita bermanfaat untuk orang lain dan apakah ALLAH redha dengan perbuatan kita. Semuanya kena ukur dengan halal-haram. Walaupun sikit yang kita dapat tapi jika ia halal ia lebih bagus daripada yang banyak tapi haram. Kan gitu?

 

Dr. ada apa-apa nak sampaikan?

(Setelah diam agak panjang) Tak ada.                        

 

Nasihat ke apa-apa ke?

Buku-buku saya dah sarat dengan nasihat. Sama ada hendak ikut atau tidak saja.

 

Kalau begitu terima kasihlah Dr. atas  kesudian ditemuramah.

Kembali.

 

 

*Anda boleh ajukan

apa2 pertanyaan untuk dipaparkan

dalam laman ini pada soalan-soalan yang belum disentuh.

Sila e-mel soalan anda ke official@drtuah.com

 
 

 

 

THREE EXTRA TRAINING & SOLUTIONS

(A Prime Mover for Motivation)

S I N C E   2 0 0 0

A-3-36, Plaza Medan Putra, Jalan Medan Putra 6,
Medan Putra Business Centre, Bandar Menjalara,
52200 Kuala Lumpur,
MALAYSIA
 
(Our Outdoor Training Centre)
3E BIOinsaniah CAMP

MTK 38/3 (Lot 142), Jalan Sungai Mati,

Batu 2 1/4, Parit Bunga,

84000 Ledang, JOHOR

 

 

Nombor pendaftaran syarikat: 001662761-T

Nombor pendaftaran majikan di KWSP: 15964669

Berdaftar dengan Kementerian Kewangan: 357-02089265

Akaun bank: 514 208 502 202 (Maybank Tmn Desa Jaya, Kepong)

www.drtuah.com; www.etuah.com;

www.shop.drtuah.com

tel: 03-62854073

faks:  03-62735848  

e-mel: official@drtuah.com

 

http://www.facebook.com/pages/drtuah/206924016305?ref=search

 

 


FORUM
Sila daftar untuk masuk