Interview

Home ? Media ? Interview

Wawancara eksklusif antara HM TUAH ISKANDAR dengan wartawan dari pelbagai media termasuk dari TV1, TV3, Astro, Star, Bernama, Kumpulan Karangkraf, para pelajar dari pelbagai IPT - 2007-2016

Siapa nama sebenar tuan?
TUAH FADILAH ITHNIN

Kenapa guna nama samaran?
Tuah adalah nama sebenar saya, Iskandar ayah saya selain Ithnin; al-Haj kerana telah menunaikan haji; HM pula adalah ibu saya Hajjah Mariam, boleh juga His Majesty, Highly Motivated bahkan Hansem Macho. Dan apa salahnya kalau Haji Muhammad pun, kan? Sebenarnya saya ada 18 adik beradik dengan tiga emak. Emak kandung saya adalah yang pertama.

Sejak bila tuan. guna nama ini?
Sejak berusia 17 tahun pun. Ketika pertama kali saya menulis skrip drama radio untuk Radio Johor. Sewaktu pertama kali menulis untuk Utusan Pelajar pada tahun 70-an dulu saya guna Tuah H.M. saja.

Lahir bulan berapa?
Bulan tiga. Tarikh yang tepat 13 Mac 1960.

Apa rahsia tuan kekalkan keremajaan?
Tentunya aktifkan hidup, rasa bahagia sentiasa serta tak perlu ada masalah dengan orang. Kalau orang nak cari masalah dengan kita, mereka tanggunglah akibatnya di akhirat, sebab saya tak amalkan prinsip mudah memberi maaf. Pada saya maaf adalah hak peribadi kita. Kalau kita terlalu mudah memberi maaf nilainya jadi rendah. Orang mudah langgar dan minta balik. Di akhirat inilah modal untuk menyelamatkan diri kita. Semua orang yang bermasalah dengan kita perlu cari kita untuk settle. Dah tentu tak boleh settle sebab nak bayar pakai apa? Wang ringgit dah tak ada pada waktu tu dan kalau ada pun saya tak nak. Jadi, semua pahala orang tu akan diberikan pada kita.

Ceritakan sikit kehidupan tuan waktu kecil.
Hmmm, saya dibesarkan oleh ibu tinggal, tentu banyak kekurangan. Itu menyebabkan saya very independent dan ada imaginasi besar.

Itu je?
Panjang lagi kisahnya. Saya rasa elok jika anda baca novel-novel saya macam Tinggal Dulu Isle, Original, Pelangi Membeku, Cinta Hati Kita dan Cinta Segi Lima..

Tuan suka makan apa? Maksud saya makanan yang berat.
Mi bandung Muar, nasi beriani kambing.

Yang ringan pulak, macam kuih-muih ke?
Seri muka, nagasari, kole kacang.

Sarapan pagi selalunya apa?
Roti dua keping atau biskut tawar cecah dengan air Milo atau kopi susu.

Boleh beritahu rutin harian tuan?
Saya bangun tidur lebih kurang 45 minit sebelum masuk waktu Subuh. Misalnya, kalau Subuh 5.45 pagi, saya bangun 5.00 pagi. Dalam tempoh sejam tu macam-macam boleh buat. Selalunya saya berusaha supaya tak tinggal tahajud, taubat, istigharah dan hajat. Kemudian baru pergi ke surau atau masjid. Dalam sebulan saya akan sembahyang Subuh berjemaah dengan ahli keluarga saya sekitar 3 hingga 4 kali begitu terutama ketika hujan lebat atau semua ahli keluarga ada dan boleh sembahyang berjemaah.

Lepas tu, saya akan update status di FB (www.facebook.com/drtuah), baca akhbar di internet, sambil dengari saya sendiri di Muzik FM pukul 6.45pagi (pre-recorded). Pada pukul 7.30 pagi, saya akan live di Selangor FM. Lepas tu pergi berjoging dengan isteri di taman rekreasi ataupun aerobik di 3E Training Centre ataupun Senaman Terapi 3E, Pernafasan 3E di rumah sahaja. Gerak-gerak senaman ini saya bina sendiri. Ataupun saya gohed basikal statik dan guna alat exton untuk kuatkan pinggang. Setiap dua hari sekali saya akan urut dengan katil urut Ceragem, Korea. Pada jam 9.30 pagi saya di Klasik Nasional pula (juga pre-recorded). Di pejabat dan rumah saya semua kemudahan macam ni ada, jadi saya manfaatkanlah.

Kemudian barulah mandi (mulakan dengan membasahkan kaki dulu sebelum perlahan-lahan bawa ke atas), dan buat solat dhuha, kemudian saya baca Al-Mathurat. Lepas tu buka balik komputer untuk jawab e-mel atau apa-apa sajalah, termasuklah tulis artikel, tulis novel ataupun buku motivasi.

Sampai tengah hari, selepas zohor baru saya pergi pejabat, petang selepas asar baru balik. Petang, akan buat lagi Senaman Terapi 3E kalau sempat ataupun gohet basikal jika rasa ada lebihan tenaga. Selalunya saya ke surau atau masjid untuk solat maghrib dan dengar ceramah agama hingga Isyak. Lepas tu, di rumah baca Al-Mathurat sekali lagi, ataupun baca Quran. Lepas tu buka komputer.

Ini rutin kalau tak ada program ceramah motivasi di mana-mana. Tapi kalau ada di tv misalnya, saya akan solat subuh di rumah dan terus bergegas ke stesen tv. Rumah saya dengan Angkasapuri taklah jauh, sekitar 15km saja, tapi saya keluar 6.15 pagi untuk siaran 8.00 pagi. Dengan TV3, TV9, TV8, TV7 lagi dekat, hanya 5km je.

Tuan selalu dilihat pakai pakaian pelbagai warna. Apa rahsianya?
Tak ada rahsia apa-apalah. Sekadar suka-suka je.

Tentu ada apa-apa rahsia.
Tak ada, cuma saya tertarik dengan tujuh warna pelangi.

Ada apa dengan tujuh warna pelangi?
Ia indah, cantik dan cukup memukau. Saya realitikan kekaguman saya pada tujuh warna pelangi dalam novel Pelangi Membeku. Bacalah novel tu.

Apa warna yang tuan paling suka?
Kuning.

Apa rahsia warna kuning?
Tak suka gaduh, ceria dan mencerlah dengan idea. Mereka yang suka cari gaduh ni tanda hatinya kotor. Hati kotor tanda disenangi setan. Saya nasihatkan masuklah kursus asas bersihkan hati di ESQ ataupun masuklah kursus complete 3E saya.

Ada ke orang ajak tuan bergaduh?
(Sambil ketawa) Manusia kan macam-macam. Dalam buku Membina Imaginasi Cemerlang ada satu bab saya namakan "Kejayaan Melampaui Had". Apabila anda telah sampai ke tahap ini anda akan semakin dibenci oleh mereka yang 'sakit'. Pada saya, saya lakukan segalanya kerana ALLAH. Untuk bagi semua orang suka kita tak mungkin; tapi untuk semua orang benci kita juga tak mungkin. Yang betul, teruskan saja kerja kita. Ya tak?

Apa hobi tuan?
Cemerlangkan orang yang sudi cemerlang bersama saya. Saya juga suka menulis, semua jenis genre.

Permainan pula?
Badminton, berenang, memanah dan menunggang kuda.

Apa yang tuan paling tak suka?
Orang yang nampak baik tapi sebenarnya jahat. Atau orang yang cakapnya macam orang baik-baik tapi tindakannya terbalik. Dalam kata lain orang yang memakai topeng. Kadang-kadang orang ni ada songkok di kepala, yang wanita pulak pakai tudung. Memang tak sangka.

Apa pendapat tuan. tentang nilai kelulusan luar negara?
Sudah tentu mengatasi.

Kalau gitu tuan setujulah pelajar kita melanjutkan pelajaran ke luar negara?
Ya, mengapa tidak.

Apa yang ingin tuan kongsikan tentang sistem pendidikan luar negara?
Pertama sekali kena faham ada dua kaedah buat ijazah luar negara, termasuk secara external. Cara external atau luaran ini bukanlah senang sebab seseorang itu perlu ada pelbagai kriteria yang ditetapkan pada tahap antarabangsa sebelum dia dipilih mengikuti pengajian. Paling tidak Englishnya kena power. Jika tidak dia tidak mungkin dapat berkomunikasi dengan pensyarah dan penyelianya di sana.

Lagipun, pilihan sama ada hendak belajar di universiti tetap atau luaran adalah pilihan individu. Ia bergantung pada kemampuan untuk berbelanja besar sebab tertakluk pada pertukaran mata wang asing. Misalnya universiti di UK, untuk selesai pengajian boleh mencecah RM200,000 sedangkan matawang UK baru sekitar 20,000 (pound) saja.

Berbaloi ke keluarkan duit sebegitu banyak?
Berbaloi sebab ijazah yang diperolehi adalah terpandang. Kalaupun tidak diiktiraf di sini, bukan semua yang tidak diiktiraf itu tidak baik. Banyak universiti di Rusia, Jerman, Bulgaria tak pernah diiktiraf tapi kita akui kehebatan mereka dalam macam-macam hal. Di Rusia saja kita telah akui keupayaan mereka dalam meneroka angkasa lepas, sedangkan kita tak pernah mengiktiraf semua universiti di Rusia.

Orang Jepun tiru kereta orang putih. Satu masa dulu orang putih kata kereta Jepun kereta tiruan, tak asli, palsu, ciplak, tapi ternyata sekarang kereta Jepun tu lebih baik, sampaikan Ford pun dibuat di Jepun.

Begitu juga banyak universiti perubatan di India tidak diiktiraf oleh kerajaan tetapi ternyata bidang perubatan amat maju di sana. Ramai orang buat pemindahan organ di sana. Kita tertanya-tanya juga, jangan-jangan mereka yang tak mengiktiraf kita lebih dulu.

Ya betul, anda kena pergi di universiti yang diiktiraf oleh kerajaan tetapi itu sekiranya anda ingin bekerja sebagai pegawai kerajaan. Kalau mahu bisnes sendiri dan jadi orang kaya tak kisah anda belajar di mana pun.

Pada pendapat tuan apa istimewanya belajar secara online?
Tentu sekali banyak. Jika tidak takkan diamalkan juga di negara kita.

Ada ke di negara kita?
Ada. Tak tahu ke USM ada Pengajian Jarak Jauh (PJJ) sejak tahun 1980-an lagi dan juga UiTM. Malah kaedah universiti terbuka juga telah wujud di negara kita iaitu Open University, yang mana keadaan ini begitu asing pada kita sekitar tahun-tahun 1970-an. Universiti Malaya, Universiti Utara Malaysia dan Universiti Kebangsaan Malaysia pun ada fakulti pengajian awamnya.

Lagi?
Apa lagi yang anda ingin tahu?

Apa-apalah yang mungkin saya tak tahu.
(Setelah agak lama berfikir) Tak guna ada kelulusan tertinggi dari universiti diiktiraf tapi untuk tulis e-mel dalam bahasa Inggeris yang terabur dan cemamai pun tak mampu, kan?

Nampaknya tuan sangat berkenan dengan kaedah belajar secara pelbagai ini.
Tahu tak, belajar secara online termasuk juga luaran adalah tren yang semakin popular sebab dunia hari ini semakin pesat dengan teknologi satelit. Wajarlah ambil manfaat daripadanya. Sedangkan sekarang ini sebuah novel boleh dibaca melalui telefot bimbit, siaran langsung perlawanan bola sepak boleh ditonton melalui telefon bimbit, belajar secara online sudah tentu bukanlah masalah.

Belajar cara ni adalah alternatif. Ia tidak ubah macam perubatan alternatif yang mana sekarang ini kerajaan turut membenarkan para pengamal perubatan alternatif membuka kaunter di hospital-hospital kerajaan.

Maknanya, kerajaan semakin mengiktiraf kebolehan dan kepandaian tertentu rakyatnya bahkan hingga kepada perubatan selaras dengan prinsip inovasi dan kreatif. Ini suatu perkembangan yang sangat menarik sesuai dengan istilah negara yang pesat membangun. Jadi, adalah tidak salah belajar secara alternatif juga asalkan ia bukan 'universiti angin' tetapi benar-benar wujud dan berdaftar di mana ia beroperasi, meskipun nanti kelulusan yang diperolehi itu boleh dianggap 'kelas kedua'. Yang penting anda benar-benar layak memegang anugerah dan sanggup memikul tanggungjawab serta menjadi somebody selepas itu.

Kan tak salah dianugerahi ijazah kehormat dari mana-mana universiti hingga membawa gelaran Dr. Hal macam ni berlaku di mana-mana termasuklah di negara kita. Ada universiti awam anugerahkan ijazah kehormat kepada tokoh-tokoh tertentu hingga membawa gelaran Dr. pada permulaan nama mereka, sedangkan mereka tak pernah pun masuk kelas.

Angkasawan negara seorang doktor perubatan, tapi jadi angkasawan pun. Dia tak masuk universiti untuk jadi angkasawan. Tun Dr. Mahathir pun seorang doktor perubatan tapi jadi Perdana Menteri. Sudirman seorang lulusan undang-undang tapi tak jadi peguam sebaliknya menyanyi dan pelakon bahkan pernah menjadi wartawan di Kumpulan Karangkraf.

Mestikah anda belajar satu bidang untuk pandai dalam bidang berkenaan? Bukankah kadang-kadang bakat, kebolehan, kewibawaan dan minat lebih penting dari kelulusan akademik? Berapa ramai mereka yang memiliki kelulusan tertinggi tapi berakhir sebagai orang biasa saja dan berapa ramai yang tiada kelulusan akademik tetapi menjadi orang luar biasa?

P. Ramlee tak pernah masuk universiti tapi Universiti Malaya telah menganugerahkan beliau gelaran Dr. dan hasil karyanya evergreen menawan hati setiap orang. Begitu juga Ahmad Nawab. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mustapa Mohamed dianugerahkan Ijazah Doktor Kehormat dalam bidang Pengurusan oleh International University College of Technology Twintech (IUCTT), pada 11/12/08.

Ibu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang juga Canselor Universiti Tun Abdul Razak (Unitar), Tun Rahah Mohd Noh menerima Ijazah Doktor Kehormat Falsafah (Pendidikan) pada konvokesyen UUM ke- 22. Datuk Mohd Nor Khalid atau Lat penerima Ijazah Kehormat Doktor Seni pada Istiadat Konvokesyen ke-11 UPSI.

Bekas Perdana Menteri Kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Demokrasi oleh UUM atas sumbangan dan jasanya menyuburkan amalan demokrasi di Malaysia pada Majlis Konvokesyen Khas, 17 Julai 2009. Pada 21 Julai 09 pula, beliau dianugerahi Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Peradaban Islam) UKM.

Ary Ginanjar dianugerahi gelaran Doctor Honoris Causa dalam bidang Pendidikan Karakter oleh Universitas Negeri Yogyakarta. Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dianugerahi Ijazah Doktor Kehormat Sains Politik oleh Prince of Songkhla University. Mereka ini semuanya dianugerahi. Bolehkah anda faham apa yang dimaksudkan 'dianugerahi'? Jadi apa masalahnya?

Yang penting apa yang anda boleh sumbangkan kepada negara anda setelah anda tamat belajar. Tidak kira anda lepasan universiti mana, tradisional atau non-tradisional, bahkan tak masuk universiti, tapi bolehkah anda menyumbang sesuatu yang berharga pada agama, bangsa dan negara pada penghujungnya, yang mana orang lain tak mampu melakukannya?

Bagaimana dengan akreditasi?
Sila baca emel pengasas AU Foundation, UK kepada saya seperti berikut;

Dear Dr. Tuah

Firstly let me give you an overview of the issue of institution accreditation.

I do appreciate your concern about a very important issue of the academic world. According to my understanding word 'Accreditation' is an American jargon, perhaps used to indicate the approval of academic and physical fitness of some Educational Institution to offer its educational programs. Although that itself is quite debatable issue in America as the Law of the United States of America does not make it compulsory to every Institution be accredited where as two states of US have declared illegal to have un-accredited degree. In United State different states have different criteria and system about accreditation. It is big ambiguity but unfortunately other countries are also being trapped in the academic sense of this word Accreditation.

I have gone through this painful process in which a team of so called auditors (experts) are paid to inspect the Educational System of an Educational Institution on some mutually agreed day. My experience dictates that auditors are only impressed by physical infrastructure and big campus facilities of the Institution. The team of auditors will refuse accreditation if the infrastructure of the Institution under audit does not match with self imagined expectations, mostly they act as police officer and behalf as if they were investigating some suspects. What I understand personally about word 'Accreditation' is that it is accepting or rejecting the Professional Competency, (the outcome of Curriculum, method of delivery, competency of faculty and of course good management) fit to see the learning process makes the learner or trainee fit to step into person's selected profession or system as a professionally sound person. Educational processes is a way to attain knowledge and wisdom in the given area or specific discipline. Professional bodies/association came into existence much earlier than school, college, university of educational institutes. I propose that a membership challenge examinations or membership examination of any recognized professional body should be sufficient to accept the qualification/diploma or degree certificate of any person and not of being accepted only on the basis that the Institution attended was accredited or unaccredited.

I do read some time the websites that are named as degreeinfo/forum by some self-proclaimed degree experts. Most of the time, comments made by these jokers are good laughing stock but they are very genius rather evil-genius by their jokes they gain the power of blackmailing institutions to use these jokers as paid consultants to write good comments or no comments for those institution in their web-based forums. Out of these so called experts (in fact blackmailers) are not qualified to comment about what they write in their self-made forums for example a man holding a bachelor degree in crockery instead of serving as a chef in some restaurant should not be commenting on education as self-imposed expert but he does so as it may be producing him better earning than to work as a chef. I know an accredited university rather a state owned university, where a cleaner of the same university earned a degree in Business Studies/Administration as part time student and was hired for teaching MBA Classes without having MBA degree himself because he being English man could speak English.

We should establish more professional institutions in each nation to act as approved agency to select or reject the curriculum, teaching materials, method of delivery of educational institution and not to leave these
educational Institutions at the mercy of qualified or unqualified team of auditors of accrediting agencies. In some countries registration with their respective education ministries means an accreditation, whereas in some other countries state Institutions are self-accrediting (means non-accredited) as they use taxpayers money to pay themselves good salaries and can afford to bear bills of accrediting auditors. Accreditation should be processed by professional bodies in each country as the education brings knowledge and wisdom to a person and expand person's mental faculties to be more useful for himself/herself, for others, for his/her profession and as a whole for whole human society. We should not allow these chefs and butchers to butcher educational institution. All have right to learn as par Charter of Human Rights of United Nations. I am of the opinion that education should not be denied on the basis of accreditation or non-accreditation issues. Dr. Tuah, you take a move and I will stand by you along with many others to bring worthwhile change in the global educational system in the global village.

At a time when traditional university enrollment is dropping, non-traditional programs are being developed and expanded by major universities across the country rushing to meet the demand for alternative approaches to learning. Traditional methods by which academic credit is awarded have been altered to accommodate the mature ?self-directed? student. And options that were unthinkable a few decades ago are now universally accepted methods of obtaining accredited university degrees.

What has brought about such sweeping changes in traditional thought? For the first time on a mass scale, universities are beginning to look beyond the brick and the ivy. What they are seeing are the many highly intelligent and capable individuals in the world who are left dangling with their dreams, desires and goals at a standstill while those with university degrees enjoy the promotions, raises and the prestige awarded them by our ?degree conscious' society.

To allay this situation, schools are beginning to address the very real educational needs that are not being meet, and to adapt to the very unique problems facing mature adults with family and career responsibilities who wish to earn college degrees ? problems such as distant campuses, fixed academic calendars, irrelevant class schedules, and competition from younger students. Non-traditional study in its many forms is available now throughout the country, and adults may now earn college degrees no matter where they live.

Each year more and more colleges and universities are awarding college credits or advanced standing to persons for knowledge acquired outside the traditional classroom. The granting of credits for learning gained from professional training and life experiences is an attempt to award credit for knowledge acquired ? no matter the circumstances. If a student can satisfactorily demonstrate that the knowledge he has acquired is equal to that of a required university course, this knowledge has the potential to be converted to equivalent college credits.

Schools conducting studies on the ?workability? of non-traditional degree programs are discovering that adults can be highly motivated when they are given opportunities for lifelong learning which do not conflict with personal and professional lives. And schools report that in many instances the personal growth and confidence acquired by an adult studying in a non-traditional format often gives him or her a deeper level of understanding and appreciation far beyond that of the traditional university-age student.

Accreditation is one of the more confusing aspects of education?essentially, it is a system for recognizing educational institutions and professional programs which have achieved certain standards of academic excellence.

In most countries outside the United States, the sanction of schools is a function of government. In the U.S., however, this responsibility is assumed by private, voluntary associations or commissions, and, to some extent, by individual state governments.

Though accreditation is a voluntary process, the decisions resulting from this process can have far-reaching effects. Whether or not a school is accredited often determines certain actions taken by governmental funding agencies, scholarship commissions, foundations, employers, counselors and students. Because of the public responsibilities we have come to expect from accrediting groups, we often tend to view them as public agencies rather than the private associations they actually are.

Preparing a portfolio is not an easy task. However, considering that universities are allowing as much as two years of university credits (this varies widely between schools), the substantial savings in both time and money can make the effort very worthwhile. Another benefit derived from preparing a portfolio is that the process allows a student to recognize and appraise his/her own particular skills and knowledge. This can be a great advantage in the development of a degree plan (study plan or learning contract).

With Best Regards
Prof Sir Dr Roger


Apa yang tuan nak buktikan?
Menuntut ilmu tidak boleh terhenti setelah mendapat Ph.D, bahkan kalau boleh sepuluh Ph.D, sekiranya mampu apa salahnya. Menuntut ilmu kan jihad. Mereka yang mati sedang dalam menuntut ilmu dikira syahid. Saya juga nak buktikan saya mampu lulus di universiti antarabangsa.

Tuan memang patut berbangga dengan pencapaian tuan juga semangat yang tuan tunjukkan, pada saya sukar ditandingi. Tapi bagaimana kalau universiti siber yang kita berdaftar itu tiba2 tiada?
Itu antara risikonya sebab semua universiti adalah entiti perniagaan, tertakluk pada untung dan rugi. Kalau untung bertahan dan berkembanglah, kalau rugi gulung tikar. Bahkan universiti awam pun terpaksa mencari duit sendiri untuk terus berkembang meskipun ada peruntukan khas dari kerajaan. Di negara kita Universiti Albukhary misalnya terpaksa ditutup kerana menghadapi masalah. Itu tak cerita kolej-kolej swasta yang kecil2. Mereka kadang2 beroperasi di bangunan kedai sahaja. Itulah trend hari ini. Hari ini universiti dan kolej tidak semestinya dalam satu kompleks yang besar lagi luas macam Universiti Malaya dan lain2, tetapi hanya beberapa lot kedai misalnya Unitar dan Open University. Demikian juga kolej pertama saya belajar Trans-Tutorial College di Britain pada tahun 1985, boleh jadi juga bermasalah, maklum itu kolej swasta, persaingan pun banyak. Pada saya bukan universitinya yang penting tapi apa anda jadi selepas keluar dari situ.

Hmmm, membuka minda saya.

Kena faham saya. Saya sekadar lakukan yang terbaik. Saya ingin buktikan apa yang kita pilih dalam hidup bukanlah penghalang pada kita untuk cemerlang. Universiti siber adalah alternatif, jadi panggilan palsu tidak tepat. Dan saya berbangga menjadi graduan external, sekurang-kurangnya ia telah berjaya menjadikan apa saya pada hari ini. Ramai orang keluar universiti hebat tapi apa sumbangan mereka pada masyarakat? Di mana mereka? Apakah kita semua mendapat manfaat daripada kecemerlangan mereka?

Tentu menarik sejarah hidup tuan di perantauan sebagai pelajar persendirian. Ceritalah lagi.
Tak cukup ruang. Lagipun tak semestinya orang suka nak tahu. Pada mereka yang ingin tahu secara lebih detail, bacalah novel-novel saya bermula dari Tinggal Dulu Isle, Stefa Isle, Original, Pelangi Membeku, Cinta Hati Kita dan yang terbaru Cinta Segi Lima.

Siapa idola tuan?
Nabi Muhammad saw.

Yang hidup sezaman dengan kita?
Hmmm, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Artis pula, siapa yang Dr. paling minat?
Ebiet G. Ade, Sohaimi Meor Hassan, M. Nasir.

Pelakon?
Allahyarham Tan Seri Dr. P. Ramlee, Rahim Razali, Ahmad Yatim.

Semuanya old timer. Tak ada ke yang sezaman?
Hmmm, barangkali M. Nasir.

Kenapa M. Nasir?
Pada saya dia ni ada banyak kelebihan. Dia boleh mencipta lagu sambil menyusun muziknya sekali, juga boleh berlakon. Serta ahli perniagaan yang berjaya. Saya amat hargai bakat-bakat semulajadi seperti ini. Dia seperti saya, berbekalkan kebolehan semulajadi untuk unggul dalam bidangnya.

Wanita pula siapa?
Uji Rahsid.

Uji Rahsid saja?
Ya, hanya Uji Rahsid.

Kenapa Uji Rahsid?
Dia pun ada segalanya. Dia ada tiket untuk jadi penghibur. Segalanya ada pada Uji Rahsid - wajah, bakat, suara.

Kalau gitu tuan ni romantik orangnya.
Saya suka muzik yang menenangkan dan suka orang yang menenangkan.

Filem bagaimana yang tuan suka?
Ada unsur sejarah, ataupun aksi macam filem-filem Jackie Chan. Kartun Mr. Bean pun saya suka. Tak terkecuali Tom and Jerry. Dan saya cukup suka dengan filem-filem komedi Tan Seri Dr. P. Ramlee. Tak terkecuali gusti.

Gusti? Kalau gitu tuan ni ganas juga orangnya.
(Sambil ketawa) Saya pelajar Aikido. Guru saya Sensei Yamada, orang Jepun.

Kenapa tak belajar silat? Kan tuan bernama Tuah?
Saya tak tertarik dengan silat. Aikido adalah gabungan minda dan fizikal. Pergerakannya lembut tapi power. Senaman pernafasan 3E dalam Formula 3E itu saya bangkitkan melalui seni Jepun inilah.

Apa yang tuan paling takut?
Saya telah dikebumikan sedangkan ketika itu saya belum mati, mungkin baru koma, tapi sebab orang ingat dah mati, maka mereka tanamlah. Alih-alih saya terjaga tapi dah dalam kubur. Alamak. Tak dapat nak keluar. Pekik pun mungkin orang tak dengar. Kalau dengar pun orang lari. Katalah mereka gali balik kubur saya, tapi dah mati dah sebab lemas. Alamak, tak dapat nak gambarkan. Inilah yang saya paling takut. Jadi, saya nak tinggal wasiat, harap kebumikan saya hanya setelah betul-betul pasti saya mati ha.

Kelakarlah tuan ini.
Kelakar-kelakar juga, tapi tak mustahil terjadi.

Yang paling tuan suka nak buat pada setiap esok pagi?
Saya tak sabar-sabar nak makan sarapan kegemaran saya. Nak tahu apa dia? Roti biasa dua keping atau biskut tawar, cecah air kopi susu kambing campur cendawan atau campur cengkudu. Roti sandwich tau jangan ingat roti canai pulak.

Apakah tuan memang bercita-cita menjadi motivator sejak kecil?
Saya hanya bercita-cita nak buat yang terbaik dalam apa juga kegiatan hidup saya. Saya lebih seorang Juruam. Motivator menurut dengan sendirinya.

Juruam itu apa?
Juruam maknanya generalist, a versatile person, orang yang berpengetahuan dalam banyak bidang. Sila semak Kamus Elektronik Besta.

Oh ya, saya fikir tuan lebih daripada seorang motivator. Motivator hanya tahu cakap. Setakat bercakap apa sangat nak dihairankan, kan?
Waulahu'aklam. No comment.

Jadi, macamana boleh jadi juruam sekali gus motivator pulak?
Setiap yang berjaya berhak menjadi motivator. Tak ada jawatan motivator dalam sektor kerajaan mahupun swasta, apa lagi juruam. Yang ada kaunselor. Bahkan tak ada pengajian motivasi secara khusus di mana-mana universiti di Malaysia. Ada ke fakulti motivasi? Tak ada kan? Jadi, bidang ini boleh disandang oleh sesiapa saja, asalkan dia terbukti jujur, ikhlas, kuat bekerja, ada formula sendiri, berketrampilan, bijak dan kita boleh lihat hasil kerjanya.

Satu lagi dia mesti seseorang yang boleh dicontohi baik peribadi, baik akhlak. Kalau sekadar pandai bercakap tak boleh jadi motivator. Itu tak cukup kriterianya. Motivator Muslim tulen semestinya juga seorang juruam sebab dia akan menjadi tempat rujuk masyarakat. Jadi kriterianya mesti berpaksi pada 5 kriteria:

1. Dia mesti seorang yang jujur. Setiap tindak-tanduknya diukur pada ciri-ciri seorang Muslim yang baik.
2. Dia mesti seorang yang berwibawa serta memiliki ketrampilan yang tersendiri lagi unik.
3. Dia mesti seorang yang berbakat besar dalam banyak bidang, tidak hanya tertahan pada kebolehan akademik semata-mata.
4. Dia telah menempuh pelbagai rentak hidup; bermula dari bawah dan kini telah menjadi seorang yang terbilang.
5. Dia mempunyai formula atau kaedah motivasinya yang tersendiri.

Siapa-siapa yang ada kriteria ini bolehlah jadi motivator. Kalau tak ada, eloklah tangguh dulu. Dah namanya pun motivator, takkan nak cantas orang lain untuk naik. Awak motivator, awak patut betulkan orang, tapi ni awak yang buat tak betul. Awak dilihat sebagai contoh. Jangan cakap tak serupa bikin. Orang menyampah dan hilang kepercayaan. Tapi tahu tak, inilah yang sedang berlaku sekarang. Macam tak percaya kan? Saya lebih-lebih lagi tak percaya. Sebab saya ingat bidang ni memang bidang yang sangat mulia, hanya orang yang baik-baik saja berada di dalamnya. Rupa-rupanya... emm...

Tahun bila sebenarnya tuan jadi motivator?
1977. Tapi ketika itu belum ada lagi istilah motivator dalam dunia Melayu. Yang ada juruam tapi kita sendiri tak perasan dengan istilah itu agaknya. Lagipun belum ada orang yang layak digelar juruam. Masa tu saya sekadar bantu kawan-kawan. Beri nasihat dan tunjuk ajar. 1978 saya memimpin Persatuan Pengakap secara suka rela di sekolah-sekolah daerah Muar. Saya juga menubuhkan Persatuan Pengakap di Sekolah Rendah Sri Bukit Pasir, Muar bersama kawan-kawan. Semuanya dilakukan dengan sukarela tanpa sesen pun menerima bayaran. Sekarang salah seorang kawan saya itu menjadi Timbalan Pesuruhjaya Pengakap Johor Bahru. Dia baru saja menerima tanah kurnia dari Kerajaan Negeri Johor di tengah-tengah bandaraya Johor Bahru. Tengok, orang jujur sentiasa menang di hujungnya. Sekarang dia masih meneruskan khidmat sukarela ni.

Apa minuman yang tuan paling suka?
Sirap bandung dan air biasa.

Ada tak ambil apa-apa supplement.

Ada. Saya juga ambil minyak kelapa dara dan multivitamin sesekali.

Kenapa minyak kelapa dara?
Untuk kekalkan keremajaanlah. Gurau saja tu. Kalau nak tahu khasiat sebenarnya just emel saya.

Buah-buahan pulak?
Rambutan, durian, manga.

Daging apa yang tuan paling suka?
Kambing.

Kenapa?
Siapa-siapa mampu makan kambing bermakna kesihatannya maksimum. Kan kita biasa dengar orang kata siapa yang ada penyakit itu ini tak boleh makan kambing.

Ada tak pengalaman pahit dan manis sewaktu menulis karya.
Hmmm, tak ada pulak. Alhamdulillah, saya kalau start menulis memang tak ada masalah apa-apa. Idea tak pernah struck, semuanya flow hingga jadi.

Bagaimanakah tuan mendapat idea untuk menulis sesuatu karya? Bagaimana tuan boleh banyak idea?
Saya menulis ikut keperluan. Apabila saya rasakan ada satu-satu isu yang mesti saya tulis dengan cepat, saya akan segera dapat idea dan terus bertindak. Saya tak akan berhenti menulis sehinggalah karya itu siap. Jadi, maknanya saya menulis bukan disebabkan saya suka menulis sangat atau sebab ada idea sangat tapi sebab keperluan semasa, mungkin atas pengaruh bangsa, negara dan agama - idea pun terus menurut. Maknanya saya menulis bukan disebabkan pengaruh duit, populariti dan lain-lain, lebih pada faktor keTUHANan. Selalunya idea akan terus hadir dalam minda saya.

Pada pendapat tuan apakah ciri-ciri penulisan yang baik bagi seseorang penulis?
Dia mestilah menulis ikut pengetahuan dan pengalaman yang dia ada. Maknanya dia menulis dari hati. Gaya penulisan tesis yakni terlalu banyak buat rujukan dan memetik kata-kata orang sangat-sangat saya tak berkenan. Pada saya kalau gitu, tak adalah istimewanya, itu namanya menghimpun bukan menulis. Bila dikatakan menulis, ilham mesti datang dari minda penulis itu sendiri, barulah ada pembaharuan dan ada sesuatu yang menarik untuk dibaca oleh pembaca. Kan?

Bagaimanakah tuan mengedit setelah menulis sesebuah karya.
Selalunya saya akan biarkan karya saya itu beberapa hari selepas siap. Istilah yang saya gunakan untuk proses ini ialah peram. Selepas beberapa hari saya akan baca kembali dan edit. Kemudian terus menghantarnya kepada penerbit untuk diterbitkan. Penerbit selalunya akan menghantar balik kepada saya sebelum proses cetak. Inilah peluang saya sekali lagi untuk mengedit setelah peram buat kali kedua.

Pada pendapat tuan tentang isu-isu penulisan seperti plagiat, teknologi maklumat, undang-undang etika dan sebagainya.
Plagiat? Memang salah dan tak bermoral tapi okeylah bagi pendatang baru, tapi usah terlalu plagiat hingga seratus peratus, setakat satu peratus mungkin okey, itu pun plagiat ayat-ayat Al-Quran, hadis, kata-kata ulama. Selain daripada itu tak bolehlah. Teknologi maklumat pula telah menyebabkan kerja-kerja menulis semakin mudah. Undang-undang penulisan di Malaysia kurang menggalakkan orang menulis sebab hanya RM20,000 royalti bebas cukai, selebihnya dikenakan cukai. Nahas. Etika pula sila baca buku saya "Mengislamisasikan Komunikasi Warta", terbitan DBP.

Tuan pakai kereta apa?
Mercedes-Benz Kompressor.

Kenapa pakai kereta import, kenapa tak pakai jenama Malaysia?
Hmmm, sebenarnya saya juga ada kereta Naza Ria. Pernah ada Kelisa dan kereta-kereta Proton. Seorang daripada anak saya pakai Modenas, seorang lagi Yamaha. Pada saya apabila keperluan membenarkan, kita layak untuk pakai kereta yang lebih berjenama. Seluruh orang berjaya di dunia begitu. Tambahan takkanlah ada pemandu tapi keretanya murah.

Apa lagi kenderaan yang tuan ada?
Motosikal besar Piagio Italiano, tapi saya dah jual sebab jatuh.

Apa cita-cita tuan dalam waktu terdekat ini?
Kalau boleh sebelum mati, saya nak tulis 150 judul buku. Sekarang dah ada 111 judul setakat 2016. Tak banyak lagi tu. Moga-moga ALLAH panjangkan umur saya.

Tuan buat banyak perkara. Macamana tuan bahagikan masa?
Saya tak bahagikan masa tapi masa yang bergerak seiring dengan aktiviti hidup saya. Maknanya saya meniti di atas masa bukan masa yang mencantas leher saya.

Apa falsafah tuan?
Buat semua perkara dengan suka semua perkara jadi mudah, buat semua perkara dengan menyampah semua perkara jadi susah. Falsafah saya dalam keadilan hanyalah mahkamah akhirat.

Pernahkah tuan bercinta?
Sudah tentulah, orang hansem macho tentulah pernah bercinta. Gurau je.

Apakah orang yang tuan cintai itu isteri tuan sekarang?
Ya. Tapi saya juga ada ramai girlfriend sewaktu remaja. Sila baca novel Tinggal Dulu Isle dan Original.

Apa rasanya setelah berada di puncak?
Di puncakkah saya?

Tentulah tuan di puncak sekarang. Sekarang ternama dan popular. Tuan idola kepada berjuta-juta orang. Tuan seorang yang sangat berjaya dan sangat disenangi ramai. Tuan juga ikon Melayu pada kesungguhan dan kejayaan hidup. Walaupun tuan graduan external, pencapaian tuan sukar ditandingi.

Ooo, itu silap. Kejayaan tak boleh diukur begitu. Kejayaan sebenar, bolehkah kita menjadikan diri kita bermanfaat untuk orang lain dan apakah ALLAH redha dengan perbuatan kita. Semuanya kena ukur dengan halal-haram. Walaupun sikit yang kita dapat tapi jika ia halal ia lebih bagus daripada yang banyak tapi haram. Kan gitu?

Tuan ada apa-apa nak sampaikan?
(Setelah diam agak panjang) Tak ada.

Nasihat ke apa-apa ke?
Buku-buku saya dah sarat dengan nasihat. Sama ada hendak ikut atau tidak saja.

Kalau begitu terima kasihlah tuan atas kesudian ditemuramah.
Kembali.


*Anda boleh ajukan apa2 pertanyaan untuk dipaparkan dalam laman ini pada soalan-soalan yang belum disentuh.
Sila e-mel soalan anda ke official@drtuah.com
atau WhatsApp ke 019-3376957 atau PM ke www.facebook.com/drtuah