News

Home ? News
News ? News Detail


Dr. Tuah menang Anugerah Perdana Za'ba

Motivator tersohor negara telah secara rasminya dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Buku Negara dengan merangkul trofi Anugerah Perdana Za'ba dan Pengarang Terbaik 2012.

Anugerah itu disampaikan oleh Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed dalam satu majlis gilang gemilang di Dewan Merdeka, di Pusat Dagangan Dunia Putra, baru-baru ini.

Anugerah daripada Yayasan Pembangunan Buku Negara itu turut diiktiraf oleh The Oxford Centre for Excellence, United Kingdom, lantas meletakkan pencapaian beliau setaraf dunia.

DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj juga adalah penghasil buku terbanyak setakat ini dengan jumlah karya 100. Kebanyakan karya beliau diterbitkan oleh Alaf 21 dan Karya Bestari. Karya ke-100 beliau berjudul “Jaga Jangan Kantoi” telah dilancarkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Dato’ Seri Ismail Sabri bin Yaakob semasa Karnival Penulis anjuran Kumpulan Media Karangkraf di Shah Alam baru-baru ini.

Dr. Tuah menang Anugerah Perdana Za'ba.

Saya menulis tidak untuk anugerah namun apabila anugerah diberikan saya menerima dengan syukur. Prinsip saya ialah melakukan semua perkara terbaik dan syukur inilah hasilnya,” ujar beliau yang juga seorang usahawan jutawan yang berjaya.

Katanya, “Bukanlah mustahil untuk seseorang itu membina kekayaan melalui alam penulisan asalkan benar-benar serius. Saya amat serius berada dalam bidang ini bermula saya berusia 14 tahun lagi. Jadi, kejayaan saya ini adalah perjuangan yang panjang. Sesiapa juga boleh menjadi seperti saya asalkan istiqomah dalam menjana minda kemudian menuliskannya tanpa begitu mengharapkan pujian mahupun pulangan. Ikhlaslah menulis kerana seorang penulis yang jujur moga-moga kaya di dunia juga akhirat.”

DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj juga adalah pemilik galeri buku yang hanya menjual karya-karya beliau, letaknya di Kuala Lumpur dan telah bertahan dan berkembang selama hampir tiga tahun lamanya. Ia suatu rekod yang belum dicapai oleh mana-mana motivator dan juga penulis. Pusat latihan beliau 3E BIOinsaniah Camp di Ledang juga semakin berkembang maju.

(Saturday, 2 February 2012, Kuala Lumpur)